Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 17 Mac 2018

BATU BERAS


Batu Beras. Jangan dibawa tidur, nanti mimpi nombor.

TANDUK RAJA ULAR LAUT



Tanduk Raja Ular Laut. Dari sarang ular laut. Ditemui bersama rangka tulang ular laut. Sudah tercabut dari rangka kepala ular laut.

GELIGA BESI TAHI BINTANG


Geliga Besi Tahi Bintang. Besi yang Berasal dari bintang di langit. Original dan masih alami.

Dicari oleh peminat mistik terutamanya pembuat senjata lama seperti keris, parang dan pisau sebagai campuran besi tempaan.Jika serasi dengan si pemakai, nasiblah kalau menjadi kebal senjata tajam. Panah jin iblis yang sangat ditakuti Jin Kapir.Pembangkit aura keberaniaan sehingga semangat menjadi kental, berani dan tidak takut atau gemuruh menghadapi lawan mahupun ribuan lautan manusia.

GELIGA IKAN PARI


Geliga Ikan Pari. Dari perut ikan Pari Helang yang besar. Pusaka orang nelayan yang didapat daripada bangsa Palau yang tinggal dalam perahu seumur hidup mereka.

Digunakan untuk memudahkan tangkapan ikan seperti memancing, memukat dan seumpamanya. Pendinding diri dari gangguan jin laut terutamanya ketika memanah ikan atau scuba diving.Jika terkena gangguan halus dari lautan, rendam kasi mandi, Insya Allah hilang macam silap mata saja, tiada baca-baca atau jampi-jampi.

GELIGA ULAR NAGA MANI




Geliga Ular Hijau atau Naga Mani. Koleksi kesayangan untuk dimaharkan kepada peminat yang ingin menjadi kolektor.
Masih alami, belum dicanai atau dipotong.Permukaan geliga berkilat, ada imej lingkaran ular dan imej kulit ular.Bahagian bawah sedikit leper berlompang.

Pemikat dan Penunduk wanita, pendinding rumah, perubatan bisa dan sihir.Menundukkan manusia dan segala ular sehingga terkedu terbungkam tidak mampu memandang dan menunjukkan kemarahan atau kegarangan.

GELIGA EMBUN

                                          Geliga Embun sepasang, saiz kecil sebanding beras
                                           direndam dalam air mangkuk putih, membentuk lingkaran sinar putih
                                            hilang ketika digambar setelah beberapa detik, tiada kelihatan.

GELIGA BERAS BUNIAN

Geliga Beras Bunian. Pelaris perniagaan yang ampuh dan penarik rezeki yang berterusan.Rezeki akan sentiasa terbuka dari jalan yang tidak tersangka. Jika dibawa berniaga terutamanya gerai beras dan restoran, perniagaan akan lancar, sentiasa menarik pelanggan secara ghaib dan berterusan, pelanggan akan merasa selesa dan damai ketika mengunjungi kedai. Perniagaan terdinding dari serangan ghaib sihir lawan.
 Hadiah dari bunian.

Khamis, 15 Mac 2018

GADUR TEMBAGA KUNO

Gadur Tembaga Kuno. Jenis tembaga hitam yang tombolnya berbentuk Tiga Menara Candi. Sesuai untuk koleksi antik.
Bagi yang meminati bidang tarik rezeki menggunakan item mistik tembaga lama, maka koleksi ini sangat sesuai. Minta guru scan, kalau sesuai boleh diatur.

Mempunyai Tombo 3 Menara Candi, 3 Lingkaran garis di kaki Gadur, 3 garis lingkar di badan gadur. Tembaga tebal yang seakan sentiasa basah berpeluh.

KEMENYAN LAUT PUTIH


Kemenyan Laut Putih. Dicari oleh guru-guru tarik atas tujuan tertentu terutamanyauntuk upacara menimbulkan harta karun.

KAYU TERAS STIGI LAUT


Kayu Teras Stigi Laut. Goggle saja kegunaannya.Popular di negara jiran kerana kegunaanya yang banyak dan sangat mistik.

PASU TEMBAGA YASSIN


Pasu Tembaga Yassin. Pasu Tembaga yang lubang mulutnya bersaiz duit Yassin Kuno.

Digunakan oleh guru-guru mistik sebagai pasangan untuk Duit Yassin 5 atau Duit Yassin 7 bagi tujuan tarik rezeki alam sebelah.

BATU TIMBUL MENANG LAUT


Batu Timbul atau dikenali juga dengan Batu Menang laut.Besar dan berat tetapi timbul di air. Scan saja kalau ada yang minat. Mahar boleh runding.

BATU PETIR MERAH


Batu Petir Merah. Hadiah seorang Guru Silat. Untuk dilepaskan kepada peminat yang ingin menyimpannya.

KAYU MENANG RAJA BABI

Kayu Menang yang digunakan oleh Raja Babi untuk menyebrang lautan lepas. Gerombolan babi tidak tenggelam dan diikuti dengan akur oleh gerombolan babi.

Bersifat Kayu Menang untuk menaklukan lawan, orang dan memenangi persaingan atau perebutan kuasa.Bersifat kebal. Item sangat terhad.

MINYAK MISIK DARAH


Minyak Misik Merah Darah. Untuk upacara mistik, penjagaan benda mistik dan macam-macam kegunaan sesuai guru masing-masing.
Sesuai untuk penjagaan item-item beraura lembut seperti item yang bersifat untuk pengasihan, pelarisan, kerezekian, daya tarik, perindu dan seumpamanya.

MINYAK MISIK HITAM WULUNG


Minyak Misik Hitam Wulung. Warna hitam macam arang. Untuk memulihkan senjata yang kurang power, memulihkan khadam senjata, pelengkap upacara mistik, penjagaan batu cincin, penjagaan item mistik bersifat kekebalan, untuk upacara tarik.

BATU KEMENYAN MERAH BUNIAN


Batu Kemenyan Merah.

MINYAK APEL JIN KUNING DAN HIJAU


Minyak Apel Jin Kuning dan Hijau. Untuk upacara mistik seperti tarik dana, tarik karun, penjagaan senjata berkhadam, panggil khadam dan juga utk upacara ibu duit berkhadam.

GETAH POKOK KATILAYU JAWA


Getah Pokok Katilayu Jawa. Pelaris untuk memancing ikan, pemikat orang, pelaris. Goggle saja lain-lain khasiatnya.

STERIKA TEMBAGA KEPALA AYAM


Sterika Tembaga Kepala Ayam. Digunakan untuk bidang mistik berkaitan dengan Tarik Dana Ghaib dan Tarik Karun.

Sterika yang digunakan ialah Sterika Tembaga seperti ciri-ciri berikut :
1. Tembaga
2. Tombol Kepala Ayam Jantan
3. Mempunyai 7 Tingkap Lubang
4. Lubang Tingkap mestilah tiga di kiri, 3 di kanan dan 1 di belakang.