Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 17 Mac 2018

BATU BERAS


Batu Beras. Jangan dibawa tidur, nanti mimpi nombor.

TANDUK RAJA ULAR LAUT



Tanduk Raja Ular Laut. Dari sarang ular laut. Ditemui bersama rangka tulang ular laut. Sudah tercabut dari rangka kepala ular laut.

GELIGA BESI TAHI BINTANG


Geliga Besi Tahi Bintang. Besi yang Berasal dari bintang di langit. Original dan masih alami.

Dicari oleh peminat mistik terutamanya pembuat senjata lama seperti keris, parang dan pisau sebagai campuran besi tempaan.Jika serasi dengan si pemakai, nasiblah kalau menjadi kebal senjata tajam. Panah jin iblis yang sangat ditakuti Jin Kapir.Pembangkit aura keberaniaan sehingga semangat menjadi kental, berani dan tidak takut atau gemuruh menghadapi lawan mahupun ribuan lautan manusia.

GELIGA IKAN PARI


Geliga Ikan Pari. Dari perut ikan Pari Helang yang besar. Pusaka orang nelayan yang didapat daripada bangsa Palau yang tinggal dalam perahu seumur hidup mereka.

Digunakan untuk memudahkan tangkapan ikan seperti memancing, memukat dan seumpamanya. Pendinding diri dari gangguan jin laut terutamanya ketika memanah ikan atau scuba diving.Jika terkena gangguan halus dari lautan, rendam kasi mandi, Insya Allah hilang macam silap mata saja, tiada baca-baca atau jampi-jampi.

GELIGA ULAR NAGA MANI




Geliga Ular Hijau atau Naga Mani. Koleksi kesayangan untuk dimaharkan kepada peminat yang ingin menjadi kolektor.
Masih alami, belum dicanai atau dipotong.Permukaan geliga berkilat, ada imej lingkaran ular dan imej kulit ular.Bahagian bawah sedikit leper berlompang.

Pemikat dan Penunduk wanita, pendinding rumah, perubatan bisa dan sihir.Menundukkan manusia dan segala ular sehingga terkedu terbungkam tidak mampu memandang dan menunjukkan kemarahan atau kegarangan.

GELIGA EMBUN

                                          Geliga Embun sepasang, saiz kecil sebanding beras
                                           direndam dalam air mangkuk putih, membentuk lingkaran sinar putih
                                            hilang ketika digambar setelah beberapa detik, tiada kelihatan.

GELIGA BERAS BUNIAN

Geliga Beras Bunian. Pelaris perniagaan yang ampuh dan penarik rezeki yang berterusan.Rezeki akan sentiasa terbuka dari jalan yang tidak tersangka. Jika dibawa berniaga terutamanya gerai beras dan restoran, perniagaan akan lancar, sentiasa menarik pelanggan secara ghaib dan berterusan, pelanggan akan merasa selesa dan damai ketika mengunjungi kedai. Perniagaan terdinding dari serangan ghaib sihir lawan.
 Hadiah dari bunian.

Khamis, 15 Mac 2018

GADUR TEMBAGA KUNO

Gadur Tembaga Kuno. Jenis tembaga hitam yang tombolnya berbentuk Tiga Menara Candi. Sesuai untuk koleksi antik.
Bagi yang meminati bidang tarik rezeki menggunakan item mistik tembaga lama, maka koleksi ini sangat sesuai. Minta guru scan, kalau sesuai boleh diatur.

Mempunyai Tombo 3 Menara Candi, 3 Lingkaran garis di kaki Gadur, 3 garis lingkar di badan gadur. Tembaga tebal yang seakan sentiasa basah berpeluh.

KEMENYAN LAUT PUTIH


Kemenyan Laut Putih. Dicari oleh guru-guru tarik atas tujuan tertentu terutamanyauntuk upacara menimbulkan harta karun.

KAYU TERAS STIGI LAUT


Kayu Teras Stigi Laut. Goggle saja kegunaannya.Popular di negara jiran kerana kegunaanya yang banyak dan sangat mistik.

PASU TEMBAGA YASSIN


Pasu Tembaga Yassin. Pasu Tembaga yang lubang mulutnya bersaiz duit Yassin Kuno.

Digunakan oleh guru-guru mistik sebagai pasangan untuk Duit Yassin 5 atau Duit Yassin 7 bagi tujuan tarik rezeki alam sebelah.

BATU TIMBUL MENANG LAUT


Batu Timbul atau dikenali juga dengan Batu Menang laut.Besar dan berat tetapi timbul di air. Scan saja kalau ada yang minat. Mahar boleh runding.

BATU PETIR MERAH


Batu Petir Merah. Hadiah seorang Guru Silat. Untuk dilepaskan kepada peminat yang ingin menyimpannya.

KAYU MENANG RAJA BABI

Kayu Menang yang digunakan oleh Raja Babi untuk menyebrang lautan lepas. Gerombolan babi tidak tenggelam dan diikuti dengan akur oleh gerombolan babi.

Bersifat Kayu Menang untuk menaklukan lawan, orang dan memenangi persaingan atau perebutan kuasa.Bersifat kebal. Item sangat terhad.

MINYAK MISIK DARAH


Minyak Misik Merah Darah. Untuk upacara mistik, penjagaan benda mistik dan macam-macam kegunaan sesuai guru masing-masing.
Sesuai untuk penjagaan item-item beraura lembut seperti item yang bersifat untuk pengasihan, pelarisan, kerezekian, daya tarik, perindu dan seumpamanya.

MINYAK MISIK HITAM WULUNG


Minyak Misik Hitam Wulung. Warna hitam macam arang. Untuk memulihkan senjata yang kurang power, memulihkan khadam senjata, pelengkap upacara mistik, penjagaan batu cincin, penjagaan item mistik bersifat kekebalan, untuk upacara tarik.

BATU KEMENYAN MERAH BUNIAN


Batu Kemenyan Merah.

MINYAK APEL JIN KUNING DAN HIJAU


Minyak Apel Jin Kuning dan Hijau. Untuk upacara mistik seperti tarik dana, tarik karun, penjagaan senjata berkhadam, panggil khadam dan juga utk upacara ibu duit berkhadam.

GETAH POKOK KATILAYU JAWA


Getah Pokok Katilayu Jawa. Pelaris untuk memancing ikan, pemikat orang, pelaris. Goggle saja lain-lain khasiatnya.

STERIKA TEMBAGA KEPALA AYAM


Sterika Tembaga Kepala Ayam. Digunakan untuk bidang mistik berkaitan dengan Tarik Dana Ghaib dan Tarik Karun.

Sterika yang digunakan ialah Sterika Tembaga seperti ciri-ciri berikut :
1. Tembaga
2. Tombol Kepala Ayam Jantan
3. Mempunyai 7 Tingkap Lubang
4. Lubang Tingkap mestilah tiga di kiri, 3 di kanan dan 1 di belakang.

Jumaat, 12 Januari 2018

PERMATA KECUBUNG WULUNG


Permata Batu Kecubung Wulung. Untuk daya pikat wanita yang ampuh.

BATU PETIR PANCA WARNA 4 ANASIR


Batu Petir Panca Warna 4 Anasir. Ada 4 warna yang dalam sebiji Batu Petir Mistik iaitu Coklat, Kuning, Hitam, Kelabu.

Batu Petir ini berpeluh, berubah warna dan mengeluarkan debu karat kehitaman, kelabu dan kuning yang basah berpeluh. Mana kala bahagian yang berwarna coklat kemerahan tidak mengeluarkan peluh seperti tiga bahagian warna yang lain. Koleksi super mistik yang hanya ada satu-satunya.

Bereaksi dengan unsur 4  Anasir alam dan jasad insan iaitu Tanah, Air, Angin dan Api. Justeru itu, Batu Petir ini boleh bertukar menjadi panas, sejuk, berwap dan berdebu kerana adanya anasir yang empat. Auranya memang super power.

GELIGA DELIMA PUTRI


Geliga Batu Delima Putri. Warnanya berubah mengikut suasana dan masa peredaran matahari. Ada kalanya berwarna merah jernih, bertukar merah darah, kadang kala merah gelap.

BATU SABUN PUTRI BUNIAN


Batu Sabun Putri Bunian. Barang berkhadam dari alam bunian. Koleksi mistik untuk ditukar milik kepada yang berminat menyimpan koleksi alam bunian.

MINYAK SENDUDUK PUTIH



Minyak Senduduk Putih. Khas untuk menundukkan orang atasan, Menteri, Y.B, Pegawai Tinggi, orang yang ingin ditemui, orang ramai, orang lawan bicara.

Juga sebagai media Pelarisan perniagaan, Direct Selling, Niaga Insuran, Agen Saham, Agen Sim Kad Telefon.

Orang akan tunduk, tergoda, kagum, akur, terpukau, tertarik dan terpikat dengan mereka yang menggunakan Minyak Senduduk Putih ketika berurusan dengan mereka. Barang dagangan akan cepat laku dan dibeli pelanggan, dilayan baik dan mesra.

Ahad, 7 Januari 2018

GELIGA IKAN


Geliga Ikan. Dulunya milik seorang otai pancing dan dijadikannya sebagai permata cincin. Power dan auranya anda deteksi sendiri. Jika ada yang berminat segerakan hajat anda. Hanya ada satu sahaja.

KEMENYAN DARAH


Kemenyan Darah atau Kemenyan Merah. Media tarik dana ghaib, tarik harta karun, memanggil khadam mistik, memulihkan power barang mistik yang lemah dan meningkatkan power senjata lama seperti keris, parang, golok dan seumpamanya.

BATU TERAS KELOR HITAM


Batu Teras Kelor. Dari teras Kayu Kelor ditemui batu yang hitam berlilit putih melingkari batu geliga.

Item yang luar biasa,mistik dan amat jarang dijumpai.Sgala khasiat Teras Kelor terkandung dalam Batu ini.

Wsap 01112686762 sementara item masih ada.

KUL BUNTET



Kul Buntet. Media kekebalan, pelias tembak, pendinding sihir dan tarik rezeki yang ampuh.

Juga berguna dibawa untuk mencari rezeki di laut sebagai nelayan, Insya Allah mudah mendapatkan rezeki dari laut seperti ikan, siput, sotong, lokan dan seumpamanya.

DUIT SYILING HALF CENT BRITISH NORTH BORNEO 1891



Koin lama British North Borneo ( Sabah ) setengah sen 1891.

Sebagai koleksi bagi peminat wang lama. Boleh digunakan sebagai ibu duit dan pelaris bisnes; lebih power lagi jika diasmakan dengan zikir amalan ibu duit dan doa Karun Sulaiman.

GELIGA BUIH


Batu Geliga Buih. Koleksi lama untuk ditukar milik.Dalam geliga masih ada bekuan buih yang telah mengkristal.

Untuk kegunaan keselamatan di laut, penenang ombak ketika belayar di lautan. Jika dibawa bertemu orang atasan sentiasa mendapat keutamaan, dipandang tinggi, dihormati dan mendapat layanan istimewa.

Wsap no.01112686762.

BATU ASAH BURUNG HELANG


Batu  Asah Burung Helang. Dikenali juga sebagai Batu Sarang Helang atau Geliga Helang.

Digunakan oleh Burung Helang untuk mengasah paruhnya dalam sarangnya. Selalunya berpasangan dengan Kayu Manang Burung Helang dan Bulu Perindu Sarang Helang.

Media untuk Sabung Ayam, digunakan untuk memancing ikan mudah mendapat ikan, dibawa berurusan mudah berjaya dan dibawa bergaduh menjadi media pemberani dan kekuatan luar biasa.

Wsap no.01112686762.

GELIGA BERMATA

Geliga Bermata. Koleksi mistik dari simpanan lama. Jika ada yang berminat, boleh dilepaskan.

BATU TOK WALI TABASSER

Batu Tok Wali atau Tabasser. Berasal dari Gunung Kinabalu. bereaksi dan melekat magnet.

BUNTAT KELAPA


Buntat Kelapa. Anti basi, pelaris untuk mereka yang berniaga makanan, pembenteng diri dan premis dari gangguan sihir, menyerap aura pelarisan saingan niaga, memudahkan urusan dengan pelanggan, daya tarik untuk orang ramai.

TANDUK ANAK KIJANG PUTIH


Tanduk Anak Kijang Putih. Wibawa politik, diikuti ramai pengikut, ditaati dan pengakur orang bawahan, disayangi rakyat, percakapan dikagumi dan dituruti orang, pemukau pandangan orang sehingga sangat mengagumi anda, pidato kita boleh menakluk dan meluluhkan hati pendengar.

Pendinding dan pemati sihir,  meliaskan dari kecelakaan atau kecederaan.Dengan IzinNya jua.

PERMATA SUKANG 1000



Permata Kayu Sukang 1000. Fungsinya, baca tajuk Kayu Sukang Seribu dalam Blog ini.

CINCIN KAYU MALING


Cincin Kayu Maling. Khas untuk membentengi diri dari pencarian musuh, mengelak diri dari bahaya dan mendinding diri pemakai dari pandangan orang yang berniat jahat menganiayanya, perabun dari penglihatan musuh dalam masa pertempuran atau peperangan, penglias sihir, mengaburi pandangan penagih hutang yang berniat jahat dan mengamalkan riba ( Along ) sehingga sukar dijumpai, menjadi selisih dan ghaib dari musuh.

Membentengi rumah, diri dan harta benda pemakai dari pandangan pencuri, pendinding dari kehilangan wang secara misteri, pendinding dari perbuatan toyol yang mencuri duit dan mengelak premis dari aktiviti tarik wang ghaib menggunakan Jin dan ilmu hitam.

Wallahu Ahlam. Semua izin Allah jua dan setiap kayu-kayuan dan batuan ada fungsinya seperti mana Rasulullah menganjurkan penggunaan Daun Bidara dan Batu Akik serta Firus oleh umatnya.

BAMBU SUMBANG PATEL LELE COMBONG


Bambu Sumbang Patel Lele Combong. Dahan lelenya menembusi induk bambu sehingga menjadi berlubang Combong. Ruasnya pula adalah jenis Patel lele yang bersambut. Fenomena mistik semulajadi alam yang tentunya beraura ghaib yang amat berguna untuk mereka yang mengetahuinya.

Bambu ini berfungsi untuk memudahkan laluan segala urusan harian khususnya berkaitan pergaulan dan perniagaan. Mempunyai aura pengasihan dan daya penarik yang tidak mengira usia, jantina dan rupa seseorang jika memakai bambu ini maka pancaran aura daya tarik, pengasihan, pelarisan, penunduk umum, terpandang tinggi dan dikagumi orang akan menyaluti batin diri orang tersebut.