Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Selasa, 22 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamu alaikum dan salam sejahtera. Pada kesempatan ini, saya dan keluarga mohon jutaan maaf jika ada rakan-rakan dan sahabat mistik yang merasa tersinggung dengan bahasa dan penampilan saya dalam Blog Geliga Kinabalu.

Salam silaturahim yang berkekalan dan ampun maaf atas segala kesilapan dan ketelanjuran saya sama ada saya sedari atau sahabat-sahabat yang sedari.

Semoga perkongsian minat dalam item mistik akan membawa erti persahabatan sejati dan bukan menjana bibit permusuhan. Tiada yang sempurna selagi kita bernama insan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir dan Batin.Semoga semua sahabat diberkati Allah dan diberi kebahagian dunia dan akhirat.

Wassalam.

DSJ

KAYU AKAR BUMI LAWAN ARUS


 Kayu Akar Bumi Melawan Arus. Berasal dari daerah Pensiangan, koleksi seorang Dukun Handalan suku orang Murut.

Menurut empunya asal, Kayu ini dijumpai di sungai dan berciri bertahan melawan arus. Kira mau buat koleksi peribadi tetapi kalau terlepas menjadi rezeki orang lain, redha sajalah. mungkin rezeki hanya setakat di situ. Bukan senang mau cari kayu sebegini.

GELANG DAYAK


Gelang Dayak. Digunakan di lengan suku Pemotong Kepala sebagai media Kebal, Pemberani dan Pendinding Diri. Gelang antik dan pusaka lama keturunan orang Sagai atau Pemotong Kepala.

Ada juga Gelang Dayak yang berasal dari Babi SiLuman dan dikenali sebagai Gelang Babi. Kegunaanya juga sebagai asbab kebal dan cirinya adalah menyerupai Gelang ini.

CINCIN GELIGA ULIN MANANG


Cincin Geliga Ulin Manang. Ulin Manang sangat terkenal di Kalimantan. Kayu Ulin sangat keras, berat, tahan dan bersifat akan tenggelam dalam air walaupun cuma abuknya.

Ulin Manang pula, walaupun adalah Kayu Ulin asli, tetapi ia akan timbul di air dan melawan arus. Oleh itu ia dikenali sebagai Kayu Ulin Manang. Sifatnya yang timbul adalah luar biasa dan mistik serta berlawanan dengan sifat asal Kayu Ulin. Kayu Ulin Manang dianggap mistik dan dipercayai ia menyerap semua aura kayu di sekelilingnya sehingga kayu yang berhampiran akan mati sendirinya.

Geliga Ulin Manang ini adalah dari teras Fosil Kayu Ulin Manang yang telah mengeras menjadi batu. Mistik, unik dan antik.

GETAH KATILAYU


Getah Kayu Katilayu. Sangat terkenal dan diminati ramai di Indonesia.

Asbab pengasih dan penarik rezeki. Jika dibawa memancing ikan, ikan akan berkumpul di kawasan yang ada Getah Katilayu sehingga memudahkan pemancing atau penjala menangkap ikan.

Jika dibawa sewaktu berjualan akan menarik langganan dan minat orang ramai terhadap kita. macam-macam lagi, goggle saja.


KAYU RAJA PENUNDUK


 Kayu Raja Penunduk. Kulitnya merah isinya kuning, saiznya ngam-ngam saiz duit syiling 20 sen dan sangat sesuai jika dibuat permata cincin.

Kayu ini uniknya adalah hanya tumbuh sebatang di kawasannya dan semua daunnya tunduk ke bawah dan bukan mendongak ke atas.

Asbab Penunduk manusia, haiwan, jin, ikan dan haiwan di laut. Boleh juga buat ramuan pengasih dan penunduk orang.

GELIGA BUAH BETIK


Geliga Buah Betik. Baru sahaja sebulan menjelma dalam rumah dari buah betik muda yang hendak dibuat ulam.

Setelah diuji, Kebal Kulit. Kebal Rambut sedikit masa lagi akan diuji dan jika ternyata Kebal Rambut, maka statusnya akan naik melonjak.Itupun jika tergerak hati hendak memaharkannya, maklumlah baru je beberapa hari dalam tangan.

KAYU NIMANG MATA


Kayu Nimang Mata. Kecil, cantik, unik dan mistik. Barang koleksi lama seorang pengumpul kayuan mistik. Senang dibawa dalam poket baju.

Asbab Pelimun pandangan musuh. Jika dibawa di hutan, dengan izin Tuhan musuh tidak akan nampak penyimpan Kayu Nimang Mata seolah-olah ghaib dari pandangan musuh.

Jika diterawang oleh musuh ghaib, kita tidak akan dapat dilihat dan diterawang oleh Juru Terawang Ghaib dan terdinding dari serangan ghaib musuh sihir dan jin fasiq.Jika disimpan dalam rumah, rumah kita seakan ghaib dari pandangan orang yang berniat jahat terhadap rumah dan penghuninya. Wallahu ahlam, Insya Allah.

TANDUK GAJAH MINA


Tanduk Gajah Mina. Berasal dari daerah Membakut, simpanan koleksi lama yang sukar didapati lagi pada masa sekarang.

Hanya untuk peminat mistik yang mengetahui fungsi Raja Laut yang dikenali sebagai Gajah Mina.

KELAPA BUTA



Kelapa Buta. Tiada mata langsung. Kelapa ini saiznya kecil sahaja dan boleh muat dalam genggaman tangan.

Auranya kuat. Ramai paranormal mencari Kelapa Buta ini untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai media nombor satu campuran bahan Kebal Senjata, media teropong tembus pandang, pelaris usaha dan pendinding rumah dari aura negatif.

Aura Kelapa Buta juga boleh meredam, menindih dan menyejukkan benda mistik beraura panas dan ganas seakan juru damai dan media penenang.

ROTAN PATAWALI SIMPUL



Rotan Patawali Simpul. Bentuknya bersimpul dan berlarak salah. Antara kegunaannya ialah asbab Kebal Kulit. Penyelisih musuh dan membiaskan serangan sihir.

Isnin, 21 September 2015

MINYAK DAYAK


Minyak Dayak.Khas dari kawasan Tawau sempadan Kalimantan.Keluaran seorang Dukun Bugis yang agak dikenali juga di Negeri Sabah khususnya di Tawau.

Digunakan dengan cara mencalit sahaja.

JIMAT PERUKUN ISTERI YANG BERMADU


Jimat untuk merukunkan isteri-isteri yang bermadu.Khas untuk lelaki yang beristeri lebih dari satu agar hidup rukun dan damai.

Mudah digunakan. Auranya akan dirasai sendiri oleh si pemakai jika telah menggunakan Jimat ini. Insya Allah mustajab.

JIMAT TAHAN BERASMARA



Jimat Tahan dan Nikmat dalam berasmara. Khas untuk main sex di ranjang.Digunakan oleh lelaki sahaja bagi tujuan kepuasan suami isteri. Adegan asmara akan tahan lama dan memberi nikmat yang mengasyikkan untuk kedua-dua pasangan.

Pancutan akan menjadi lambat dan tahan lebih lama. Jangan heran jika daya tahannya mencapai detik kiraan jam ketika berasmara.

KAYU SALIB TAPAK JALAK


Kayu Salib Tapak Jalak. Bilang urang kono, untuk pendinding dan kerezekian empat penjuru alam. Kalau ada yang minat dan ada tafsiran sendiri mengenai kayu ini buleh runding ba kalau kamu mau.

MINYAK SANDAL SUMANDAL


Minyak Sandal Sumandal. Minyak serbaguna untuk pertahanan diri dari angkara jahat manusia dan jin syaitan.

Hanya perlu bawa saja dalam poket atau dalam beg sandang. Jika ada racun dalam makanan atau minuman, piring atau gelas akan pecah meletup sebelum sempat disentuh oleh pemilik Minyak Sandal Sumandal.

Jika ada serangan sihir, minyak akan terasa bergetar dan berbuih. Kiriman sihir akan terbatal atau kembali balik kepada si penyihir.

Kalau kita dipugai, minta maaf saja enda kana kalau ada minyak ni dibawa bersama.Pantangnya, satu saja iaitu.... Jangan Tambirang.Boleh bawa sembahyang, boleh bawa ke tandas, buleh bawa mangurat dan sebagainya.

KAYU NIMANG PUTERI TUJUH


Kayu Nimang Puteri Tujuh. Mistik dan unik. Ada 7 Pintu Nimang Puki yang berlainan saiz. Kenapa ada 7?, kamu faham sendirilah kalau namanya Puteri. Kayu Nimang Bunian ini mempunyai aura yang kuat dan hanya ada satu mungkin dalam sejuta.

Multi fungsi : Aura pelarisan yang sangat kuat dan daya tarik yang membuat hati orang tertarik-tarik dek sebab 7 Nimang dalam satu benda yang satu.

Berguna juga sebagai pendinding diri, keluarga, rumah dan premis dari angkara jahat dan hasad dengki, kecurian, kebakaran dan sihir. Wallahhu ahlam, setiap yang Allah jadikan ada guna dan fungsinya. Bukan kayu yang berkuasa tetapi Allah yang memberikan segala guna dan fungsi ciptaannya kepada  setiap makhluk di buminya.