Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 19 Disember 2015

GELIGA BUAYA PUTIH


PEMATA SUKANG 1000


CINCIN MUTIARA KIMA


CINCIN BATU KATILAYU YIN YANG


CINCIN BATU BACAN ORANG KENIT


Batu Bacan Hijau dari Gunung Kinabalu.

Di tengah batu, ada imej orang kenit seakan lembaga janin dalam rahim ibu. Lembaga ini boleh membesar, dulu imej ini hanyalah bintik kecil tetapi kini membentuk imej orang kenit yang sedang menadah tangan seakan berdoa.

Jika dipakai di jari manis, akan sentiasa rasa lapang dada, seakan tiada rasa ada masalah atau halangan dalam kehidupan. Rasa damai, tenang, gembira dan reda akan terasa.

Orang sekeliling merasa senang dan gembira bersama kita, rezeki murah dan mudah datangnya.

Ring cincin saiz 9, ikatan Perak Sarang labah.

CINCIN BATU BACAN KINABALU


Batu Bacan Kelabu Hijau dari Gunung Kinabalu.

Kedamaian hati, ketenangan jiwa, penghilang stress, memperbaiki aliran darah hingga rasa santai dan damai seakan damainya jika berada di puncak Gunung Kinabalu.

Jika kita memakainya, sentiasa jadi perhatian pandangan dan lirikan mata orang. Jika kita pakai, kita mesti akan memandang dan menggosok permata cincin ini berkali-kali seakan menjadi gian dan ketagihan. Begitu jugalah orang di sekeliling kita, akan jadi ketagihan dan minat gila kepada kita.

Jangan heran, kalau bos jadi sangat suka dan sayang pada anda jika memakai cincin ini.


CINCIN GELIGA KATILAYU


CINCIN FOSIL MANI GAJAH


Cincin Fosil Mani Gajah. Khas untuk daya pikat perempuan, penarik kerezekian dan perhatian orang.

Saiz ring 9, ikatan Perak Bali.

CINCIN BADAR PETIR



Badar Petir. Permata hijau belang hitam seakan sisik ular. Seakan besi hijau. Berasal darpada panahan petir.

Asbab disegani, ditakuti dan dihormati kawan dan lawan. Ditakui hantu syaitan dan jin.Pendinding ampuh segala jenis sihir. Jika dibawa bertempur atau berperang akan menaikkan daya juang, keberanian yang dahsyat dan pelias.

Ring saiz 9 ikatan Perak Kuku Helang.

Ahad, 6 Disember 2015

KAYU SIMPUL LARAK SALAH


Kayu Simpul Larak Salah.

Mengghaibkan diri dari pandangan musuh, mengghaibkan rumah dan harta dari pandangan pencuri, meliaskan perhatian sekatan atau musuh ketika dalam perjalanan. Jika dibawa belayar di laut, perahu dan bot akan lias dan ghaib dari pandangan.

Jika disimpan di kereta, Insya Allah lias dari malapetaka dan bahaya serta dighaibkan kereta kita dari pandangan pencuri dan orang yang berniat jahat. Pendinding rumah dan diri dari sihir, merukunkan orang atau suami isteri yang bermusuhan atau selalu bergaduh.

PERMATA DELIMA MERAH


Permata Delima Merah. Pendinding diri dalam tidur, Insya allah serangan sihir hanya bunyi letupan kecil di tepi telinga, pemanis diri, penaik aura pancaran cahaya, memudahkan jalan kerezekian.

GELIGA ULAR KING KOBRA


Geliga Ular King Kobra. Pusaka nenek moyang.

MUSTIKA KAYU BERKALIMAH


Mustika Kayu ada Kalimah Allah.

Pemberian alam bunian. Pelias dan pendinding diri ketika berhadapan dengan musuh.Kebal darurat dan pelias tembak

BAMBU BERTEMU RUAS KEMBAR


Bambu Bertemu Ruas Kembar. Alami dan mistik.

Pemanggil langganan, mendamaikan rumah tangga, penarik dan pemudah jalan mencari rezeki dengan izin Allah jua.

GELIGA TOMBONG KELAPA


Geliga Tombong Kelapa.

Pendinding diri dari sihir, pelaris niaga, melambatkan basi makanan yang dimasak, menyedapkan makanan, menyejukkan dan meredam aura panas barangan mistik lain yang ada dalam simpanan kolektor, menyejukkan hati panas baran.

KAYU SANDAL SUMANDAL



Kayu Sandal Sumandal. Dari Kepulauan Sulu.

Kayu mistik yang serbaguna. Kayu ini pendinding ampuh sihir dan racun, ditakuti jin jahat.

Salah satu keistimewaan Kayu ini ialah boleh mengesan gangguan sihir dan jin dalam badan orang. Jika hendak menguji sama ada seseorang itu ada gangguan sihir atau gangguan jin, genggamkan kayu ini dalam tangan pesakit, dia akan terasa denyutan seakan menghisap bisa dan sihir dalam badan.

Pesakit akan merasa meremang badan, kesejukan, matanya berair dan jika disergah boleh histeria. Orang yang ada gangguan sihir akan rasa menguap berkali-kali dan seakan mengantuk sebagai tanda adanya gangguan sihir dalam badannya.

Jika hendak mengubati mereka, selain genggamkan pada pesakit boleh direndam dalam air dan minumkan, Insya allah sembuh.

PERMATA BATU NANGKA




Permata Batu Nangka. Belum diikat, saiz besar.

Penyejuk hati, kegembiraan, keceriaan, rasa bahagia dan sentiasa bersemangat, menghilangkan rasa malas, menghilangkan kelesuan dan sakit-sakit badan. Membuka aura positif pemakai, menghilangkan gangguan sihir dan gangguan jin yang bersarang dalam badan.

CINCIN PERMATA TANDUK NAGA FOSIL



Ikat Perak, Saiz 9.

CINCIN GELIGA AYAM


Cincin Geliga Ayam Jantan. Geliga Ayam Jantan berupa telur batu. Dicanai menjadi permata cincin.

Ikat ring Perak Jawa, saiz ring 9.

Wasilah kekuatan sex macam ayam jantan yang tidak berhenti mengawan, pemikat gadis idaman, diminati ramai, keberanian diri macam ayam jantan, menghilangkan ragu-ragu dan kurang yakin diri, pelaris dan memudahkan jalan masuk rezeki.

Jika dimandikan pada ayam sabung atau peninju akan menjadi Penimbul yang ampuh sehingga kuat, berani dan tahan pukul. Koleksi mistik orang lama.

CINCIN BADAR KINABALU



Cincin Permata Badar Kinabalu. Menyimpan aura kekuatan dan mistiknya Gunung Kinabalu selaku gunung tertinggi di Asia tenggara.

Jika dipakai, serasa ada kekuatan yang keras menyarungi tubuh pemakai, badan menjadi keras tegap, padat dan tidak muda penat. Pemakai akan sentiasa cergas, kuat, awet muda dan ceria.

Jika dipakai sewaktu tidur malam, macam-macam ilham mistik akan dialami antaranya berdasarkan pengalaman pemakai adalah mimpi bertemu Puteri Bunian Kinabalu, menembusi alam ghaib dalam mimpi sehingga boleh berkomunikasi dengan alam ghaib, dapat melihat jin yang dihantar oleh musuh ghaib atau sihir ghaib sehingga dapat berlawan secara ghaib dengan jin sihir, disarungi kekuatan seakan kekuatan Badang ketika dalam tidur, terdinding dari serangan sihir, jin dan racun.

Pemakai mudah dikenali, disegani, dihormati kawan dan lawan, pemakai nampak lebih beraura dan tegar tubuh badannya.Wallahu ahlam.

CINCIN PERMATA GELIGA GAJAH MANI



Cincin Permata Geliga Gajah Mani. Geliga Gajah Mani adalah Mani gajah yang terdapat pada gading gajah dan bukannya jenis Mani Gajah sperma gajah.

Dalam Kitab Kuno India, geliga ini dikatakan terdapat pada bahagian Pangkal Gading Gajah. Mani Gajah jenis ini adalah berupa sebutir titik putih sebesar beras pada Gading Gajah Putih. Kalangan handalan mistik mencari mani gajah ini yang dikatakan mempunyai unsur ghaib dan kuat daya mistiknya.Hanya Raja Gajah Jantan sahaja yang mempunyai Geliga Gajah Mani.

Penunduk ampuh yang memukau dan menakluk pandangan orang, pemikat dan pelet yang kuat untuk memikat wanita. Pendinding ampuh, penakluk amukan orang garang, pelaris niaga dan pemanis diri yang kuat.

Ring jenis tembaga suasa saiz 9/10.Koleksi orang lama.

CINCIN BATU BACAN WULUNG HIJAU




Batu Bacan sangat terkenal dan menjadi kegilaan peminat cincin di Indonesia, malahan Presiden Sosilo pernah menghadiahkan Presiden Obama dengan Cincin Batu Bacan.

Permata cincin berwarna gelap tetapi apabila disenter dengan lampu, akan kelihatan warna hijau lumut dalam permata cincin.Permata akan memancarkan sinar jika terkena cahaya.

Saiz ring 9/10.

KUNYIT HITAM ALAM GHAIB


Kunyit Hitam Alam Ghaib. Hitam seperti arang. Keras seperti batu.

Dicari oleh peminat mistik untuk tujuan  upacara mistik seperti tarik dana ghaib, tarik karun, upacara buat ibu duit, penawar racun, penawar sihir dan seumpamanya.Dikenali juga sebagai Kunyit Hitam Buntet.

Khamis, 19 November 2015

CINCIN GELIGA MANI GAJAH DUA ALAM



Cincin Geliga Mani Gajah Dua Alam. Permata multi warna, kadang-kadang warna kuning kelabu, ada kalanya bertukar coklat kuning, ada kalanya  warna pink cerah menyerlah, ada kalanya coklat.

Mistik dan unik, tiada dua atau tiga.Permata tembus cahaya jika disenter dengan lampu. Cahaya kuning menyilau putih bercahaya akan keluar bersinar dari permata.

Ikatan dari Kuningan Jawa berukir, saiz 8. Pemikat, Pemukau, Penunduk, Penakluk hati, Penggentar lawan, Penarik rezeki, Pelaris diri.Insya Allah.

TANDUK NAGA PURBA




Tanduk Naga Purba. Dah jadi batu, tapi sturktur tanduk masih jelas.Dah dipotong kecil dan dah jadi permata cincin.

Kegunaan wibawa diri dan menyerlahkan karisma pemakai, penunduk dan pemukau pandangan orang. Pendinding diri dari niat jahat, penganiayaan, serangan sihir dan benda ghaib. Sesuai untuk kegunaan orang  politik, ketua jabatan dan pemimpin.Kata-kata bagai menakluk hati dan minda orang, diyakini orang serta dihormat  dan dipandang mulia dalam pergaulan.

Terhad.

KAYU MANANG BERDIRI DI AIR





Kayu Manang Berdiri di air. Kegunaan lawan bicara di mahkamah, pembungkam mulut lawan, perlawanan dan pertandingan diikuti Insya Allah akan menang, diri pemakai merasa berani, menang pergaulan harian, yakin diri, pelaris berniaga dan kekuatan batin pemakai akan lebih power dan beraura.

Ahad, 8 November 2015

SISIK GHAIB RAJA LAUT


Sisik Ghaib Raja Laut. Koleksi lama. Sisik yang telah menjadi batu.

Diperolehi ketika memancing ikan. Umpan pancing diragut ikan yang besar hingga tali joran menegang dan hampir putus.Beratnya seakan menarik seekor kerbau jantan.Bila dinaikkan yang tersangkut di pancing hanyalah sekeping sisik yang telah menjadi batu.

KAYU NIMANG MIM TEMBUS


Kayu Nimang Mim Tembus. Kayu Nimang yang menembusi kayu lain, membentuk huruf mim dan lam alif. Lubang Nimang bentuk  lubang Miss V.

Pelaris untuk kedai, pemugai orang, perukun rumah tangga, dikasihi dan dicintai ramai, pengikat hati pasangan dan langganan, pendinding diri.

Boleh digunakan dengan cara dibawa atau disimpan sahaja ataupun diberi makan pada target.

PERMATA BATU KELAPA


Permata Isi Kelapa Jadi Batu. Pada batu ada cebisan titik tempurung kelapa yang masih melekat di permata.

Serba guna terutamanya sebagai media pelaris dan penyedap masakan. Penyejuk rumah, penindih dan perukun barangan mistik yang beraura panas atau ganas. Pendinding santau dan serangan sihir, disenangi dan disukai orang, penyejuk hati orang yang panas baran.

PASAK KALAM LAUT


Pasak Kalam Laut.

Media untuk melancarkan usaha, menarik ikan untuk penangkap ikan, penerang hati untuk anak-anak, perubatan gangguan dan keteguran di laut dan di darat.

IBU KUNYIT JADI BATU


Ibu Kunyit Batu. Kunyit yang telah bertukar membatu.Koleksi lama dari seorang Sifu Cina.

Pembuka alam ghaib dalam ritual tarik karun dan emas ghaib. Pendinding diri dari gangguan halus, perubatan sihir dan gangguan jin syaitan. Media pertukaran ghaib.

Mendatangkan dan memudahkan penemuan barangan mistik seumpama geliga, buntat, kayu mistik dan sahabat mistik dari alam halus.

PERMATA TLANG GAJAH MINA


Permata Tulang Gajah Mina.

SISIK RAJA IKAN


Sisik Raja Ikan. Khas untuk pelaris pancing dan penawar gangguan ghaib dari laut atau sungai.

PERMATA MANI GAJAH 2 ALAM



Mani Gajah 2 Alam . Permata Batu Mani Gajah 2 alam. Tembus cahaya. Batu agak melekit dan masih ada imej mani gajah dalam batu permata.

Penunduk, pengasih umum, pelaris diri dan usaha. Orang bergaduh dan mengamuk akan terkedu, terdiam dan bungkam jika bertemu pemakai Batu Mani Gajah 2 alam.

KAYU NIMANG LAM JALALAH


Kayu Nimang Lam Jalalah. Penambat pencuri, penolak api, jaga rumah, pelimun rumah dari niat jahat manusia dan jin.

TANDUK PELANDUK PUTIH


Tanduk Pelanduk Putih. Berasal dari Sempadan Ranau-Telupid.

Kegunaan untuk bawa bicara di mahkamah, dikagumi bak raja, dihormati orang, pelias, menukarkan sesuatu yang merugikan dan kurang baik menjadi sesuatu yang menguntungkan dan bertukar menjadi baik, keuntungan dalam berurusan.

GELIGA BURUNG LAYANG-LAYANG PUTIH


Geliga Burung Layang-Layang Putih. Jatuh dari seekor burung Layang-Layang Putih bersaiz agak besar yang berlegar-legar di udara. Berasal dari Pulau Moliangin, Pulau Banggi.

Khasiat untuk pelaris usaha, pemanggil walet, penunduk dan kata-kata dihormat serta didengar orang.


Rabu, 4 November 2015

SUKANG GHAIB



Sukang Ghaib. Dibuat khas daripada bebarapa jenis bahan sukang, kayuan dan bahan beraura ghaib. Khas untuk :
1. Pendinding orang masuk hutan, tidak akan diganggu jembalang dan binatang buas.
2. Pendinding gangguan ketika memancing di sungai yang berpenunggu, berpuaka dan ada buaya
3. Pendinding wanita mengandung dari gangguan syaitan, jin jahat penghisap darah, Polong, Balan-Balan, Parakang, Toyol, Puntianak dan sebangsa dengannya.
4. Pendinding tidur untuk anak-anak, bayi, ibu bersalin dan mereka yang terkena gangguan jin
5. Pendinding sihir menggunakan jin syaitan.

ASMAK BAROKAH WALI


Asmak Barokah. Disediakan dalam 3 jenis bahan dalam satu pakej iaitu Minyak Cirebon, Tanah Wali dan Wafak Wali.

Memulihkan perniagaan yang bermasalah seperti kurang pelanggan, hampir bengkrap, diganggu pelalau dan sihir pembenci. Memulihkan rumah yang berpenunggu, disimpan jin jahat, pembenci dan sihir. Boleh juga digunakan untuk memulihkan orang yang terkena sihir, histeria selalu kesurupan jin dan selalu pengsan.