Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Jumaat, 30 Mei 2014

MINYAK KATAK MENGAWAN



Minyak Katak Mengawan. Banyak kegunaanya, antaranya untuk Ibu Duit Balik dan Tarik Duit, Pemikat pasangan.

Sabtu, 17 Mei 2014

GELIGA BUATAN

Geliga Buatan Manusia. Geliga Embun, Geliga Kelapa, Geliga Lipan Merah, Geliga Lipan Kuning. Tidak guna dimaharkan, hanya untuk simpanan dan perhiasan saja. Tapi barang begini ada yang boleh dimasukkan Khadam.

MUSTIKA MANI GAJAH JARUM BENGKOK


Koleksi Peribadi Mustika Mani Gajah Jarum Bengkok. Jenis panjang lebih kurang satu inci dan berkeluk.

Telah diuji dapat membengkokkan Jarum Jahit dengan 3 kali oles sahaja dan jarum terus disimpan bersama Mustika ini.Jika diuji dioles pada batang kayu kecil dalam mangkuk air, kayu yang dioles akan bercantum dan mengikut pasangannya macam Pak Turut. Diuji dikubur dalam tanah, lepas tu ditabur jagung untuk makanan ayam, ayam akan makan sampai mengorek tanah walaupun biji jagung sudah abis dimakan, nda mau lari tu ayam.

GELIGA SOTONG


Geliga Sotong. Koleksi lama peribadi. Ngam kalau dibawa mencandat sotong dalam Pertandingan Mencandat Sotong di Terengganu.

Geliga ini diperolehi dari Perut Sotong yang besar dan telah lama disimpan, belum juga sempat diikat dijadikan cincin, tidak sempat buat cincin sebab banyak Cincin Geliga yang dipakai mau penuh sudah jari aku, macam bomoh sudah kalau bejalan jari jemari dipenuhi cincin.

BATU JED ASLI SABAH (5.5KG)


Batu Jed Sabah.Berat 5.5Kg.Bahagian dalam jika dipotong adalah berwarna hijau.

Khamis, 15 Mei 2014

JED SABAH



Jed Asli Sabah.Masih belum diproses atau dicanai. Jika dicanai, mesti cantik dan harga boleh mencapai ribuan ringgit bagi sebiji permata cincin.

Kehijauan dan warna aslinya akan lebih terserlah jika dibasahkan dengan air.

Selasa, 13 Mei 2014

PERMATA CINCIN KAYU TAS PUTIH




Permata Cincin Kayu Tas Putih. Keampuhannya sebagai media Penunduk dan pendinding sihir memang telah terbukti dan diakui umum. Khasiatnya setanding dengan Kayu Tas Hitam.

Asli dari Tanah Borneo ( Sabah ). Permata saiz sederhana, sesuai untuk dipakai oleh golongan muda dan remaja. Kalau saiz besar sesuai untuk Tok Bomoh... atau orang yang berusia lebih tua.

CINCIN KAYU TAS HITAM BORNEO







Cincin Kayu Tas Hitam. Kayu Tas Hitam asli dari Tanah Sabah ( Borneo ) yang banyak kegunaannya terutama sebagai media penunduk, ditakuti jin, pendinding sihir dan pantangan bagi haiwan liar terutamanya harimau dan ular.

Sesuai dibawa masuk hutan atau untuk media mengubati gangguan halus.

Ahad, 11 Mei 2014

BATU PETIR MERAH ANAI-ANAI

Batu Petir Merah yang dijumpai dalam sarang Anai-anai. Koleksi seorang peminat barangan mistik yang disayanginya sehinggakan disimpan dalam kotak khas dari anyaman pandan mengkuang.

Batu sebesar empat jari orang dewasa. Jika dicanai menjadi permata cincin boleh buat lebih 10 permata cincin.

Sabtu, 10 Mei 2014

GELIGA BINTANG






Geliga Bintang. Asbab kekuatan tenaga. Si pemakai geliga akan memiliki kekuatan tenaga dan urat yang kuat. Sesuai dipakai oleh body guard, ahli gusti, angkat berat, ahli bela diri dan gusti.

Jika dipakai oleh wanita, kekerasan angota badannya boleh mengalahkan tenaga lelaki.Orang boleh bergayut di tangan si pemakai geliga.

GELIGA MANI GAJAH


Geliga Mani Gajah.Kecil sahaja dan alami.Asbab penunduk paling ampuh dan pengasihan seperti yang diketahui umum.
Orang garang dan mengamuk sekalipun apabila berhadapan dengan si pemakai Geliga Mani Gajah akan tunduk tafakur, tidak berani bertentang muka dan sejuk hatinya.

Jumaat, 9 Mei 2014

BUNTAT BESI ALAMI


Buntat Besi Alami. Hasil Ritual dan tarikan batu ghaib. Asli dan alami bukan yang telah dipotong dan dicanai. Berat 48gram.

Ahad, 4 Mei 2014

KAYU ULIN MANANG KALIMANTAN


Kayu Ulin Manang Kalimantan. Khasiat dan kegunaan, goggle saja dalam intenet. Terhad 3 sahaja.

GELANG TIGA KAYU



Gelang 3 Kayu. Tiga jenis kayu mistik dijadikan gelang Trend Remaja terkini. Kayu Manang Batu, Teras Nibong Tunggal dan Tempurung Buta

Auranya telah diaktifkan agar boleh menyatu dengan si pemakai. Ikatan setiap butir kayu mistik adalah corak Simpul Lipan untuk menyatukan power dan aura setiap jenis kayuan.

Gelang ini khas untuk Pendinding diri dari gangguan sihir, gangguan Jin Jahat dan gangguan fizikal dari manusia. Menambah wibawa unggul dalam pergaulan,menambah keberanian dan menghilangkan gemuruh ketakutan, ketahanan badan jika dipukul, pembisa pukulan dan tumbukan.Musuh akan muntah darah dan terkulai layu jika terkena pukulan kita.

Nampak macam biasa je dan gelang ala-ala Rock, tapi powernya boleh membawa kebaikan dan kemudaratan kepada manusia.

Gelang ini, free saiz. Orang gemuk, kurus, remaja, wanita semua boleh pakai.

GELANG CAT EYES MELEKAT MAGNET


Gelang Batu Cat Eyes yang bertindak balas dan melekat pada magnet. Susah nak cari Batu Cat Eyes yang boleh melekat dan bertindak balas dengan magnet. Asli dan alami. Sifatnya seakan batu Badar Besi.

Gelang Batu Cat Eyes yang bulat seakan manik dan berikat tangsi getah.Batu Bulat ini ada 15 biji semuanya.

GELIGA LIPAN COKLAT


Geliga Lipan Coklat. Jika dipegang dengan hujung jari, ada getar halus macam karen.Jenis besar dan bulat.

Sabtu, 3 Mei 2014

PERMATA AKIK TAPAK JALAK


Permata Cincin batu Akik Tapak Jalak. Asli,alami dan mistik-unik. Khasiatnya Tapak Jalak, search saja di Goggle.

Jika di Indonesia, batu Tapak Jalak adalah salah satu batu mulia yang dianggap paling banyak kegunaan dan nilai mistiknya sehingga menjadi kegilaan dan rebutan umum.

BAMBU POLENG TUMPAT TEMU RUAS


Bambu Poleng Tumpat Temu Ruas.

KAYU NIMANG MIM



Kayu Nimang Mim. Kayu Mistik khas untuk menangkal pencuri dan mengikat hati ahli keluarga atau kekasih agar tidak lari dari rumah atau lari meninggalkan kita.

Jika digunakan di premis niaga, pelanggan akan betah dan terikat hatinya di premis kita sementara orang yang berniat jahat akan terkunci hatinya atau pencuri yang masuk tidak akan ketemu jalan keluar. Wallahu ahlam.

GELIGA RATU PUSAR AIR





Geliga Ratu Pusar Air. Geliga yang jarang ditemui.Milik Ratu Air yang menguasai Kali dan Sungai. Kemunculan Ratu Air seringkali ditandai dengan Pusaran Air di lokasi yang tertentu dan lokasi pusar air seringkali dianggap mistik, berpenunggu, mempunyai ikan yang banyak.

Geliga ini ada alur pusar yang beralur dan berpusat, di bahagian bawah geliga ada tapak kaki.Mistik dan unik.Antara kegunaannya ialah Pemanggil ikan atau hidupan air dan untuk mencari mangsa yang hilang di dalam air. Wallahu ahlam.