Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 26 Februari 2014

KAWASAN TANAH UNTUK JOINT VENTURE SELUAS 499 EKAR UNTUK TUJUAN TANAMAN RUMPAI LAUT/AKUATOURISM DI PULAU BALAMBANGAN


Salam, Kawasan Tepi Laut untuk Joint Venture bagi perusahaan tanaman Rumpai Laut atau membuat chalet atau pelancongan atau tujuan ternakan Balat.

Lokasi : Teluk Lung,Pulau Balambangan, Banggi
Luas   :  499 ekar
Syarat Hak Milik  :  T.O.L
Spesifikasi Kawasan  :  Kawasan telah pernah diusahakan dengan tanaman Rumpai Laut dan terbukti sukses serta sesuai  100%. Kawasan terlibat juga sesuai untuk menternak Balat ( Sea Cucumber ), lokasi terlindung dari tiupan angin serta mempunyai pantai yang cantik, indah serta menarik. Kawasan juga boleh dimajukan untuk ternakan ikan sangkar dan berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.


Khamis, 20 Februari 2014

KOLEKSI SET BULU/BULUH PERINDU




Set Bulu/Buluh Perindu bagi yang berminat memilikinya sekaligus. Dalam set ini terdapat;

1. Buluh Perindu Kinabalu
2. Bulu Perindu Helang Rajawali
3. Bulu Perindu Burung Naggur Daha
4. Kayu Manang Cintamani ( hadiah tambahan )

KULIT PELANDUK PUTIH



Kulit Pelanduk Putih. Koleksi peribadi. Berasal dari Pulau Balambangan, Banggi. Pulau Balambangan memang terkenal sebagai pulau yang banyak pelanduk. Kalau mau tangkap pelanduk di Pulau ini, umban dan pukul dengan kayu pun boleh dapat, memang jinak dan banyak.

Dalam banyak pelanduk, terdapat seekor yang bebulu putih mulus. Ditembak berkali-kali dalam jarak dekat, peluru senapang melias,Pelanduk Putih seakan dapat melencongkan arah peluru. Al hasil, Pelanduk akhirnya dibubut ( dikejar ) hingga kepenatan. Pulau Balambangan adalah pulau yang rata perpasir dan bersemak kecil, apa lagi Pelanduk Putih dihalau ke kawasan rata dan akhirnya berjaya ditangkap.

Hanya ini kulitnya yang tinggal dah dibagi-bagi pada kawan. Antara yang memilikinya ialah seorang Pegawai Tinggi Polis di Tanduo Lahad Datu berpangkat SUPT.

Mistiknya, bulu pada Kulit Pelanduk Putih ini pandai memanjang dengan sendirinya seakan hidup. Auranya memang power, apa lagi dipasangkan dengan Tanduk Pelanduk.

Asbab pelias peluru yang ampuh, pelaris ampuh,dihormat orang, pendinding diri dan diikuti oleh orang banyak.

Jumaat, 14 Februari 2014

BAMBU HARIMAU SHARIFF USMAN


Bambu Harimau Poleng Tumpat. Koleksi mistik unik dari Kubu Keramat Shariff Usman Marudu. Bambu ini dikenali juga sebagai Bambu Harimau Berduri. Tumbuh melegenda tepat di tiang bendera Kubu Shariff Usman 1846. Bendera dan Lambang Shariff Usman adalah Kepala Harimau dan Bambu ini sinonim dan misteri Tiang Keramat Bendera Kubu Shariff Usman.

Shariff Usman menjadi Legenda Marudu dan terkenal hingga hampir ke seluruh Eropah khususnya di negara seperti Itali, England, German dan juga di Nusantara. Beliau diabadikan dalam Novel Terkenal karya Penulis Itali di Barat sebagai SANDOKAN THE TIGER OF MALAYA. Di Malaysia, Filem animasi SANDOKAN yang ditayangkan di TV3 adalah menceritakan legenda Shariff Usman.

Di Marudu, legenda Shariff Usman dikatakan seorang yang Kebal, Gagah Berani,Mampu Berjalan di atas air dan Boleh memanggil hiduapan air seperti ikan, udang, kerang dan ketam masuk ke Pelusuk Teluk Marudu.

Bambu ini Tumpat, Temu Ruas, Poleng Belang, Berduri Tajam dan Berkulit Keras. Pokok Bambu ini sentiasa berbunyi dan menderu seperti ngauman Harimau walaupun tiada angin yang bertiup.

Asbab Pembuntu Tembak,Pelias Peluru, Pendinding ghaib dari serangan ilmu hitam, Penunduk orang, Pemikat, Perindu,Pembuka Kebal orang dan pemakai menjadi Kebal darurat.Insya Allah.

DUIT SYILING ONE CENT KING EDWARD 1903



Duit Syiling Straits Settlements King Edward VII tahun 1903. Sesuai untuk koleksi atau disimpan sebagai Ibu Duit.

ROTAN TEMU RUAS


Rotan Temu Ruas. Masih baru dan alami, bukan bambu temu ruas yang digam dan rekayasa.

Kegunaannya untuk pelaris,pemudah urusan, penunduk pelanggan,tarik hati dan sebagai sarana serat jiwa manusia dan haiwan.

CINCIN MUSTIKA SIPUT



Cincin Mustika Siput. Menambah wibawa diri, pendinding dari serangan ghaib,pembuntet peluru di medan perang dan untuk perubatan gangguan makhluk halus seperti keteguran, gangguan jin sewaktu tidur dan histeria.

BESI KUNING KEPOMPONG




Besi Kuning Kepompong. Banyak dicari orang untuk berbagai maksud tersendiri, antaranya untuk keberanian,kekuatan pukulan, menambah kewibawaan, keselamatan diri dan kekebalan di medan tempur. Wallahu ahlam.

Ahad, 9 Februari 2014

ROTAN ULAR CINTAMANI



Rotan Ular Cintamani. Rotan yang menjadi idaman ramai peminat kayuan mistik. Rotan ini mempunyai kulit yang bersisik seakan sisik ular dan ruasnya bertemu di bahagian akar.

Rotan yang dikatakan mempunyai khasiat Raja Pelaris dan Penarik Rezeki Ampuh.

ROTAN TEMU RUAS



Rotan Bertemu Ruas. Alami dan asli. Hanya ada dua sahaja, satu kehitaman dan yang satu lagi cerah jernih berkilat.

GELIGA KAYU BELIAN



Geliga Kayu Belian. Batu dari Teras Kayu Belian yang dicanai menjadi permata cincin. Ikat Cincin dari Perak Bali.Barang mistik ajaib yang sangat rare....

Sabtu, 8 Februari 2014

GELIGA WULUNG RAJA





Batu Geliga Wulung Raja. Batunya Hitam Wulung jika dipandang secara biasa. Jika disenter dengan lampu, cahaya Kuning Raja akan menyerlah dan menyinar. Mau 20 kali sudah digambar, nda juga pandai tarang macam kamera pun nda barapa malawan.

Belum dicanai, masih alami dan ori.Jika dibuat permata cincin bolehlah dapat satu permata yang memang mistik dan unik.

Khasiatnya melebihi Kecubung Wulung yang banyak dicari orang.

CINCIN NIBUNG TUNGGAL ALIF



Cincin Permata Nibung Tunggal. Nibung Tunggal yang ada huruf Alif terukir secara mistik dan alami. Dahpun namanya Nibung Tunggal, hurufnya pula ALIF yang sinonim dan bukti ketunggalan Kayu Nibung ini.

Khasiat Kayu Nibung Tunggal memang diakui umum oleh para mistikawan dan mereka yang pakar dalam khasiat kayuan mistik.Memang sangat rare dan sukar diperolehi Nibung Tunggal yang berhuruf Alif.

CINCIN BATU MATA IKAN



Cincin Batu Mata Ikan. Permata yang cantik seakan Mata Ikan Duyung dengan ikatan gaya Kepit Kuku.

BULU EKOR MERAK JANTAN




Bulu Ekor Burung Merak Jantan.Burung Merak adalah simbol kekayaan dan darjat kekuasaan raja-raja zaman dahulu kala.Burung Merak tergolong burung yang dimistiskan oleh bangsa Tionghua dan Tamadun Lama.

Bulu ekornya mempunyai aura mistik untuk tujuan pelarisan, pengasihan umum, penurut orang, kedamaian keluarga dan ketenangan jiwa.

Bahagian pangkal Bulu Burung Merak Jantan pula mempunyai aura mistik yang kuat untuk menambahkan keampuhan Wafak. Jika digunakan sebagai Pena untuk menulis dan melukis wafak, keampuhan dan power wafak akan berlipat ganda melebihi mata pena biasa. Biasanya dipasangkan dengan Tinta Zafaron dan Misik sebagai dakwat tulisan, ada yang mahu cuba...?.

CINCIN BADAR BESI KURSANI HITAM



Cincin Permata Badar Besi. Besi tetapi tak serupa besi, batu tapi tak seperti batu,bukan batu, rupa tak seperti besi. Permukaan permata ada seakan roma-roma buih.

Permata jenis ini banyak dicari orang untuk berbagai kegunaan. Permata melekat pada magnet dengan kuat sehingga boleh tergantung tapi rupanya bukan seperti besi tapi seakan arang. Kata orang, inilah Besi Ibu Kursani Hitam. Kalau dipakai badan jadi gatal-gatal jangan heran, itu hanya sementara sahaja adalah maknanya tu.

Ikat cincin adalah Perak Bali. Siapa cepat, dia punya. Kalau jadi kebal, nasib kamulah.

CINCIN DELIMA AKEK BERPAMOR



Cincin Batu Delima Akek yang mempunyai garis pamor.Pamornya jenis Junjung Derajat dan Pamor Air Mengalir. Batu jenis yang paling jarang ditemui, cantik, antik dan mistik.

Berkaitan kerdarjatan,wibawa kepimpinan, terpandang mulia dan kerezekian. Ikat Cincin adalah Perak Bali.

WAFAK KULIT KIJANG PUTIH



Wafak Kulit Kijang Putih. Panjang Kulit Kijang Putih lebih kurang satu kaki.Wafak yang ditulis adalah Wafak Nur Buat ( Cahaya KeNabian ), Wafak Zulfakar dan Wafak Nabi Daud.

Wafak yang ditulis dengan tinta Zafaron ini berfungsi untuk Kebal sewaktu perang ( Insya Allah ), Pelias Perang, Penakluk dan Penunduk Musuh, Pendinding sihir, Pemberani, Penggentar lawan, dipandang mulia oleh lawan dan kawan.

Wafak Nur Buat adalah ayat al-Quran yang terukir di bahu Rasulullah berupa tanda lahir baginda sejak dalam rahim ibunya lagi. Ayat ini menandakan dan sebagai bukti KeRasulan Nabi Muhamad, justeru itu ia dikenali sebagai Nurun Nubuwwah yang bererti Cahaya KeNabian.

Wafak Zulfakar pula mengambil sempena Pedang Rasulullah, Zul Fakar yang dihadiahkan kepada Saidina Ali. Pedang ini mampu memenggal 50 kepala musuh sekaligus sewaktu Perang Badar sehingga Allah memuji Zulfakar dan Saidina Ali sebagai gandingan terbaik. Pedang ini menjadi Simbol Jihad Akhir Zaman dan telah dighaibkan.Dipercayai Pedang Zulfakar bakal dimiliki oleh Imam Mahdi di Akhir Zaman bagi memenggal kepala Dajjal.Wallahu Ahlam.

Wafak Daud pula berupa kesimpulan Ibu Besi yang menjadi Muzijat Nabi Daud. Nabi Daud mampu melunakkan atau melembutkan besi dan menjadi asal-usul timbulnya ilmu Kebal Besi.

Khamis, 6 Februari 2014

DUIT SYILING 20 SEN PARLIMEN TERBAKAR



Duit Syiling 20 sen Malaysia tahun 1977 yang agak ganjil, antik dan mistik ekuistik.

 Di permukaan depan Duit Syiling kelihatan imej bangunan Parlimen seakan terbakar dan diselubungi asap tebal, abislah Bank Negara terbakar.

Di bahagian belakang Duit Syiling  pula garis lingkaran tepi di bahagian bawah lebih tebal dan Double Line jika dibandingkan dengan garis lingkaran tepi bahagian atas.

Isnin, 3 Februari 2014

GARAM MERAH



Garam Merah. Memang jarang ditemui. Banyak kegunaannya antaranya untuk rawatan reumatisme, sakit sendi otot, sakit tulang, lemah-lemah badan, cepat letih dan kaki menyucuk macam ada jarum.

Digunakan juga untuk mendinding rumah sebagai pagar ghaib dari gangguan halus, mengunci harta karun yang dikorek atau ditarik,menyakitkan dan menyiksa para jin dan syaitan yang merasuk.

NAGA CEMETI


Cemeti Naga. Kuningan asli.

Ahad, 2 Februari 2014

BUNTAT ASAM


Buntat Asam. Media pelaris dagang.

ISI SIPUT JADI BATU



Isi Siput Jadi Batu. Siput Laut yang bahagian isi perutnya telah menjadi batu. Kulitnya masih sempurna seperti siput biasa. Orang Indonesia memanggil siput begini sebagai Keong Buntet.

Ada energi alami dan mistik tersendiri bagi yang mengerti. Hasil ritual mistik di satu kawasan di Kota belud, Sabah.

Koleksi peribadi untuk dilepaskan.

CINCIN BATU HUJAN EMAS



Cincin permata Batu Hujan Emas. Permata putih jernih dan di dalamnya ada titisan seakan pasir emas. Pada permukaan permata ada melintang seakan jarum emas yang membentuk huruf Alif keemasan.

Cincin ikat perak asli.

EKOR BELANGKAS BERCABANG DUA


Ekor Belangkas Bercabang Dua. Hanya ini saja yang masih tinggal dalam simpanan.

Kegunaannya adalah untuk merukunkan rumahtangga, pengasih dan menjinakkan hati orang. Fungsi lain adalah sama dengan Cicak Ekor Bercabang yang banyak dicari orang untuk tujuan tertentu.

GELANG BESI KURSANI HITAM


Gelang Besi Kursani Hitam. Besi hitam melekat pada magnet.Free saiz.

Asbab menguatkan anggota badan, persendian, memperbaiki aliran darah dalam badan, asbab kesembuhan penyakit dalaman seperti masalah jantung, gangguan buah pinggang dan organ dalaman. Pendinding serangan sihir dan gangguan jin, mengelakkan gangguan mimpi buruk sewaktu tidur, mengaktifkan besi kursani awal yang ada dalam badan manusia.

KAYU SISIK NAGA


Kayu Naga atau Kayu Sisik Naga. Kayu berasal dari Indonesia.Dinamakan Sisik Naga kerana keadaan kayu ini luarnya seakan bersisik dan kulitnya berlapis-lapis berselang 2 warna.

Digunakan untuk menghalau tikus dari rumah, menangkal ilmu sihir dan menangkal ilmu pelet.