Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 18 Disember 2014

PULIAS BUNIAN


Kayu Pulias Bunian. Dipadukan denga Kelambu Kaabah. Kayu ini berasal dari sebuah kawasan pergunungan pemberian dari orang Bunian. Koleksi simpanan lama yang beraura meremangkan bulu sekujur tubuh badan.

Insya Allah, dengan izin Allah terlindung dari tembakan peluru di medan perang,tersasar segala serangan sihir dan ilmu hitam.

GELIGA WULUD RAJA



Geliga Wulung Raja. Coklat gelap kehitaman,bila disenter lampu ,akan kelihatan warna kuning raja menyinar berkilauan.

Asbab kedarjatan, wibawa diraja, terpandang mulia,dihormat lawan dan kawan,disegani orang,dikasihi dan diminati orang terutamanya kaum hawa. Sesuai dipakai oleh mereka yang berdarah Raja, Datu,Shariff dan Panglima terbilang atau orang yang memegang jawatan dalam kerajaan.

MATA SIAPA....? SATU MATA



MISAI


Misai. Jika minat dan tahu gunanya, sms saja jika berhajat.

Rabu, 17 Disember 2014

DUIT SYILING CHINA DINASTI PURBA



Duit Syiling lama dari salah satu Dinasti lama China. Berasal dari kawasan Pantai  Teluk Marudu, usianya mencecah hampir atau lebih 1000 tahun.Duit syiling ini diperbuat dari besi hitam,melekat di magnet, tahan karat.Sesuai untuk koleksi,fengsui kono dan aktiviti proses....

DUIT SYILING 50 SEN 1967,1968,1968


Duit Syiling 50 sen KELUARAN TAHUN 1967,1968,1969.Jadi kegilaan ramai di Malaysia sampaikan di Mudah, dijual hingga ribuan ringgit sekeping. Macam-macam cerita mengenai duit syiling 50 sen ni.

GELIGA BUAH DELIMA



Geliga Buah Delima. Koleksi lama, bukan batu Delima biasa tetapi Geliga alami dari buah Delima yang ditapakan dalam tempat khas.Dulu warna sedikit keputihan, kini warna merah pink semakin kelihatan dan hampir memenuhi Batu Geliga.

Rabu, 3 Disember 2014

PARANG ILANG SAGAI


Parang Ilang Sagai. Digunakan oleh orang suku Dayak Dusun dan Murut zaman silam untuk memburu kepala. Orang yang memburu kepala dikenali di Sabah sebagai Orang Sagai atau Segai yang bererti Pemburu Kepala Manusia.

Parang Segai ini dulunya dimiliki oleh seorang Segai dan pernah digunakan untuk memotong 5 kepala tentera Jepun ( ampun maaf pada orang Jepun dan yang berdarah Jepun ).

Parang ini sangat tajam walaupun batagar atau berkarat sedikit.Tidak perlu diasah,bikin takut ba kalau tapigang atau taluka oleh parang ni,sebab parang ini barasun ( ada racun bisa ). Luka akibat parang ini tidak akan sembuh macam kana luka Kancing Manis,luka akan membusuk,berbisa dan akhirnya membawa maut.

Parang berhantu ini banyak dicari oleh tukang tarik atas tujuan yang mereka sendiri tahu.

CUPU BESI KUNINGAN


Cupu Geliga yang dibuat dari Besi Kuningan.Ngam tempat simpan geliga lipan atau geliga Delima Merah atau barang kebal. Faham-faham lah kamu kalau benda terbuat dari besi kuningan, besi tapi macam tembaga keemasan.Cupu ni kalau deakt dengan besi berani atau magnet akan menempel dan bertindakbalas.

Aura geliga yang disimpan dalam Cupu akan meningkat dan cepat matang atau kalau lemah akan pulih sendirinya. Cuba kamu tarai 44 hari simpan geliga dalam Cupu jenis ini,lepas tu test auranya.

PERIUK TEMBAGA LAMA


Periuk Tembaga Lama. Periuk yang antik tapi masih cantik, tembaga jenis tebal dan berat. Ngam kalau bikin rebus daging atau sup pangkur, cepat masak dan lembut dagingnya.

Makanan yang dimasak dalam periuk tembaga akan tahan lama dan lambat basi sehingga urang gelar periuk ini Periuk Anti Basi.Kalau bikin masak nasi,satu gantang pun muat atau 12 Put bilang orang Sabah. Nasi yang dimasak akan tahan 3 hari tidak basi, sedap lagi dari periuk karan.

GOLOK BAJAU




Golok Bajau Kota Belud. Besi spring lori,tajamnya boleh bikin cukur bulu ketiak.Boleh bikin lapah kulit haiwan sembelihan seperti kerbau,sapi,payau,kambing atau unta.

Boleh juga bikin teman jaga diri masuk hutan atau pigi memburu atau pigi laut.Corak ukiran kayu yang cantik dan menarik. Golok sangat ringan,ngam kalau bikin bawa bersilat gaya Silat Bajau atau gaya Silat Golok Seliwa.

CINCIN BATU TERATAI




Cincin Batu Teratai. Permata teratai yang beraura kuat. Permata batu seakan hidup dan jika dihayati pandang corak teratainya seakan berubah-ubah warna.

Jika dipakai diri akan rasa santai,selesa,happy,yakin diri dan tenang diri. Jika dipakai waktu tidur dan ada jin cuba mendekat atau ada kiriman sihir untuk mengganggu roh kita ketika tidur, badan akan ditandai dengan bergetar sekujur tubuh walaupun ketika itu kita dalam alam tidur dibuai lena mimpi dan gangguan atau serangan sihir akan terpantul jauh,Insya Allah kita terselamat dari aniaya tersebut.

DUIT SYILING PARLIMEN 1 RINGGIT 1980



DUIT SYILING 5 RINGGIT DAN 1 RINGGIT 1971



Duit Syiling 5 dan 1 ringgit. Satu set 1971 pun ada, dari 5 ringgit hingga 1 sen. Konon selain jadi koleksi boleh bikin proses.

KAYU GEMUNGGAL KEY CHAIN


Kayu Gemunggal untuk buat key chain. Pendinding diri dari serangan ghaib sihir, bikin cucuk tapak kaki orang kerasukan dan kesarungan syaitan,bikin pemulih orang kena sihir,kasi minum air rendamannya untuk buang kebal berkhadam orang yang nazak susah putus nyawa dan kasi halau saka badan orang yang mau mati serta macam-macam lagi gunanya.

Berguna juga untuk mengelakkan anak gadis remaja dan budak sekolah daripada disihir,dipugai,diperek pepehnya untuk kasi keluar air,mengelakkan budak sekolah daripada dirasuk dan histeria. Gantung saja di beg sekolah atau simpan dipoket.

Senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan.Sesuai untuk semua bangsa dan ugama serta peringkat umur.

MINYAK LINTAH DAUN BUNKUS PAPUA







Minyak Lintah Daun Bunkus.Ramuan tradisional orang Papua yang panjang butunya. Diramu dari lintah Papua,daun bungkus yang bikin bungkus panjang butu orang Papua dan beberapa ramuan rahsia orang Papua.

Berkhasiat 4 dalam 1 iaitu memperbesarkan zakar,memanjangkan zakar,mengeraskan zakar waktu berantam di ranjang dan tahan lama tidak mancut-mancit walaupun speed laju sambil diumpil-umpil dan buat stail Kamasutra.

MINYAK PONIBASALWA JARUM LIMA



Minyak Ponibasalwa Jarum Lima.

Isnin, 10 November 2014

TASBIH BATU GUNUNG BERAPI PINATUBO



Tasbih Batu Gunung Berapi Pinatubo. Maca-macam gunanya.Melipat gandakan kekuatan tenaga dalaman, kekuatan tenaga luaran,ketahanan badan,membersihkan aura jahat dan negatif dalam badan, pantang dibenci dan ditakuti oleh makhluk halus,ditakuti orang bersaka dan saka,hantu,jembalang,jin dan sebagainya.Pendinding diri dari serangan ghaib dan sihir. Bawa tidur simpan bawa bantal je.Tiada pantang.

Sesuai digunakan untuk dibawa mengubat orang sakit,kerasukan jin macam orang gila,terkena sihir,santau dan gangguan halus.Simpan je dalam poket,Insya Allah auranya boleh meresapi badan si pemakai apa lagi kalau dibawa berzikir.

Kalau ada jin yang bertenaga kuat macam tenaga lima orang dan merasuk orang histeria,cuba kamu bawa tasbih ini dan lawan dia one by one,mampukah dia mengalahkan tenaga si pemakai Tasbih dengan berseorangan?,cuba dulu baru tau.

Nah cuba...? murah saja maharnya,mampu milik.

KAYU MISTIK



Kayu Mistik. Kayu Akar Balik, Kayu Akar Songsang,Kayu Nimang,Kayu Maling,Kayu Simpul,Kayu Berjanggut,Kayu Larak Salah,Kayu Sumbang dan apa-apa saja lah yang mistik semua ada pada hanya sejengkal Kayu Mistik ini.

ROTAN SONGSANG BUNIAN


Rotan Songsang Bunian. Hitam warnanya,berkeluk bersambut ruasnya,hanya sejengkal panjangnya,kecil bak jari saiznya.

Rotan Songsang Lima Ruasnya,
Hadiah Bunian Ghaib Alamnya,
Kalau Tuan Bijak Laksana,
Mana Hujung Mana Pangkalnya?.

Ada yang berminat...?.

CINCIN GELIGA ULAR


Geliga Ular atau dikenali juga dengan NAGA MANI. Geliga Ular yang mampu menjinakkan ular,bukan menakutkan ular. Mana ada Geliga Ular jika diacukan pada ular, ular jadi takut dan cepat-cepat masuk karung, itu bukan geliga Ular tapi Batu Badar atau Black Stone.Black Stone banyak dijual di India.

Lihat saja pada permukaan permata, ada buih-buih yang membintil hasil dari liur ular yang membatu. Geliga ini jenis yang didapat dari mulut ular,bukan jenis Batu Sarang Ular.

Geliga Ular jenis ini jika diacukan pada ular, ular akan terkedu,terpaku,terpukau,tidak mampu membuka mulut atau mematuk.Lepas terkedu, ular akan menundukkan kepalanya,memalingkan kepala dan berlalu pergi perlahan-lahan bukan lari tunggang langgang.Macam juga kita jika mengadap Raja atau Sultan, mestilah hormat dan bersopan santun bukan lari dan menyorok.


KECUBUNG WULUNG




FIRUZ HIJAU PARSI


Permata Cincin batu Firuz Hijau Parsi. Kegunaannya mengikut Kitab-kitab lama adalah sebagai media anti racun, penawar racun, kebahagian dan keselamatan diri,keselamatan diri di lautan,penolak sihir dan racun terbang ( Dengan izin Allah jua).

Salah satu jenis batu cincin yang menjadi pilihan,sunnah dan pakaian Nabi Muhammad.Wallahu Ahlam.

PERMATA CINCIN BATU JED



Permata Cincin Batu Jed Hijau.Jika disenter dengan lampu, tembus memanjang sinar hijau seumpama alur lembayung hijau.

Kegunaannya sudah diketahui ramai, serbaguna membawa tuah kehidupan,keceriaan dan kegembiraan.Membuka aura positif dan kebaikan dalam diri pemakai.Wallahu Ahlam.

KITAB ISTANBUL WAFAQ




Kitab Istanbul Wafaq. Kitab Istanbul dalam bentuk wafaq. Serbaguna merangkumi pendinding diri dari segala angkara jahat. Sesuai disimpan dan dibawa dalam kereta untuk mengelakkan gangguan makhluk halus di jalanan,kemalangan,gangguan sihir,niat jahat orang dan seumpamanya ( Dengan Izin Allah jua ).

Kalau orang dulu-dulu, suka menggantung Kitab Istanbul Wafaq di ayunan bayi untuk mengelakkan gangguan jin syaitan, Pontianak,Pananggalan,Gondorowo,Balan-Balan dan lain-lain makhluk halus. Pendinidng Sawan Tangis Budak dan Sawan Babi.Wallahu Ahlam.

KITAB YASSIN TULIS TANGAN



Kitab Yassin mistik dan antik. Kecil seperti Quran Istanbul.Lengkap satu Surah Yassin dan Surah Al Fatihah dalam satu Kitab Kecil. Ayat ditulis tanpa baris dengan tulisan tangan gaya ringkas.

Setengah orang menggelar Kitab Yassin seperti ini dengan nama Yassin Wali.Asbab pendinding diri,tolak sihir,guna-guna,pelias tembak,pelimun,tolak gangguan jin syaitan,pelaris dan pendinding niaga serta serbaguna ( Insya Allah dengan izinNya ).Usia tidak diketahui.

Sesuai juga untuk dibuat koleksi antik-mistik bagi pengumpul barangan lama antik-mistik.

KALUNG BESI KUNING


Buah Kalung Besi Kuning. Dalam corong Buah Kalung ini ada Besi Berantai Berwafak. Asbab pendinding darurat, dibawa ke medan tempur, pendinding diri, kekuatan dan keberanian semangat diri,pemakai lambat penat,badan tahan kesakitan.

Khamis, 6 November 2014

ROTAN BUNTING TEMU RUAS


Rotan Bunting Temu Ruas. Masih kehijauan kerana baru keluar dari hutan, cari bukan senang dapatpun bukan senang,nak ambilpun bukan senang.Maklumlah barang alami dan asli alam,berkhadam pula tu.

Ruas Buntingnya tiga tingkat bersusun,powernya berganda untuk pelarisan,pemanggil orang,penarik rezeki dan pendinding. Boleh juga bikin lawan hantu jembalang, hantu bangkit dan seumpamanya. Semua izin Allah jua,jangan bergantung harap pada kayu,tekadkan keyakinan bahawa Allah jua empunya Maha Kekuasaan,apa yang ada hanyalah asbab.


BATU BACAN OBI



Batu Bacan Obi. Batu kegilaan orang yang suka mengurat dan memikat wanita.Mana tau, ada yang mau guna untuk pikat janda kaya.

Batu akan telus cahaya berkilauan merah menyala seperti api bernyala warna kuning merah jika disenter dengan lampu kecil.Malahan imej cahaya akan menjalur seakan memancar jauh,begitu jugalah aura pancar batu ini jika bawa mengurat sumandak.

PERMATA CINCIN BATU TOK WALI


Permata cincin Batu Tok Wali atau Batu Teras Buluh atau kadang-kadang digelar Tabassher. Kegunaan, goggle sajalah.