Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Khamis, 25 April 2013

BUAH KALUNG WAFAK BESI KUNING



Buah Kalung yang ada wafak di sekelilingnya. Dalam buah kalung ini ada lagi ketulan besi kuning yang berwafak. Sangat sesuai untuk dijadikan pendinding diri daripada serangan sihir, insya Allah terlindung dari besi dan peluru musuh.

Wafak Besi Kuning ini telah diisikan. Besi Kuning Berwafak ini akan melekat pada magnet dan hanya ada sepasang sahaja.Buah Kalung Wafak ini juga sesuai untuk digunakan bagi menyimpan besi-besi atau geliga yang berasbab kebal seperti Besi Kursani Putih, Besi Kursani Hitam, Besi Kursani Kuning atau Batu Geliga yang bersaiz kecil seperti geliga Lipan atau Geliga Delima Merah.

GELIGA BADAR BESI AIR



Geliga Badar Besi Air. Ada lubang-lubang buih air pada permukaan geliga. Warna akan berubah dalam imej kamera dan kadang kala gambar yang diambil menjadi kabur disebabkan tindakbalas geliga dengan elektromagnet.

Geliga ini bertindak balas dengan magnet. Hasil tarikan di satu lokasi kawasan medan peperangan lama. Badar besi berguna sebagai salah satu pendinding diri dalam peperangan. Berguna sebagai pelias peluru dan asbab kebal perang ( dengan izin Allah ).

Badar Besi seperti ini banyak digunakan dalam peperangan oleh panglima Suluk dan Bajau zaman dahulu kala. Tidak heran kebanyakan penceroboh Sulu dari Selatan Filipina yang menceroboh Lahad Datu Sabah baru-baru ini menjadi kebal peluru dan tidak lut ditembak sehingga terpaksa dibom dengan Torpedo dari pesawat perang dan dibom dengan mortar untuk membunuh mereka.

Rabu, 24 April 2013

KERIS KECIL BESI KUNING



Keris Mini yang terbuat dari Besi Kuning yang melekat magnet. Fungsi utamanya adalah untuk jaga diri zahir dan batin, pemikat hati dan keberanian serta kecekalan hati. Berguna juga dalam bidang perubatan.

GELIGA KEMUNING HITAM



Geliga Kemuning Hitam. Koleksi lama yang ingin dimaharkan. Geliga ini diambil dari teras dalam Kayu Kemuning Hitam. Geliga ini berfungsi sebagai penunduk dan pelias peluru ( dengan izin Allah jua ) dan pembawanya akan sentiasa dipandang tinggi, dimuliakan orang, disegani bawahan dan atasan serta kata-katanya bagai takluk jagat ( bila bercakap, perkataannya susah disanggah orang ).

KELEWANG ATI-ATI



Kelewang Besi Ati-Ati ini dibuat daripada besi ati-ati hitam iaitu salah satu campuran besi timbul yang sangat berkhasiat dalam dunia mistik. Kelewang Mini ini fungsi utamanya ialah sebagai pendinding diri, penakluk jagat, ditakuti jin jahat, pengasihan umum dan berguna dalam perubatan mistik berkaitan mahkluk halus.

Sarung Kelewang ini diperbuat dari akar bahar dan Kelewang jenis ini kadangkala dikenali sebagai Kelewang Dewa.Pamor Kelewang ini adalah Pamor Air Mengalir yang berkaitan dengan aliran kerezekian dan tuah kehidupan manakala pada bilah kelewang terdapat 4 lubang kecil yang melambangkan 4 anasir Combong Alam ( iaitu tanah, air, angin dan api ). Unsur Combong Alam dikaitkan dengan tuah dan telaga kerezekian serta pertahanan diri yang bersumber segalanya dari kejadian 4 anasir alam dan 4 anasir kejadian insan.

SEMAR MESAM KUNINGAN



Semar Mesam yang terbuat dari kuningan. Menurut kepercayaan masyarakat Jawa, Semar Mesam berkhasiat sebagai Pemikat wanita yang sangat ampuh,Pelaris dan Pendinding perniagaan serta tuah kekayaan.Berkhadam khusus untuk pelaris dan pendinding perniagaan.

BAMBU RAJA ALAM ( BAMBU MISTIK BUNIAN 9 DALAM 1 )

                                         , Bambu Sumbang ( Tembus Ibu ) dan Bambu Tumpang
                                                         Buluh Perindu dan Ruas Temu
                                          Bambu Jalu Kembar,Bambu Tumpang,Bambu Tumpat dan Temu Ruas

Bambu Raja Alam . Bambu ini sangat mistik, ajaib, ganjil, antik dan alamik. Pemberian Raja Bunian, bambu ini masih hijau dan asli.Pada sebatang bambu terdapat 9 jenis bambu mistik iaitu;
1. Bambu Temu Ruas
2. Bambu Sumbang Tembus
3. Bambu Tumpang
4. Buluh Perindu
5. Bambu Temu Ruas Jalu
6. Bambu Tumpat Jalu
7. Bambu Dalam Bambu
8. Bambu Tumpang Tumpat
9. Bambu Tumpat

Panjang Bambu ini lebih kurang satu hasta dewasa, saiznya besar sedikit dari bola pingpong. Semua jenis bambu mistik tercantum hanya pada sebatang bambu. Pada batang bambu ini ada ruas yang bertemu dan pada ruas yang bertemu tumbuh pula dua batang Buluh Perindu manakala pada ruas sebelah bawah pula selain ruasnya bertemu, tumbuh pula anak bambu yang berjalu dan ada akarnya. Anak bambu ini adalah bambu tumpat tanpa lubang berakar dan tepat tumbuh di ruas yang bertemu.

Pada ruas bawah yang Bertemu Ruas tumbuh pula akar bambu menjadi Bambu Temu Ruas Jalu , selain tumbuh Bambu Tumpat yang menumpang menjadi Bambu Tumpat Tumpang, berakar dan berjalu menjadi Bambu Tumpat Jalu tumbuh pula sebatang Bambu Tumpat yang menembus ke dalam bambu induk  menjadi Bambu Sumbang Tembus. Bambu Sumbang ini masuk ke dalam Bambu Induk menjadi Bambu Dalam Bambu.

Inilah keajaiban Ciptaan Allah yang menjadikan sembilan (9) jenis bambu dalam satu bambu ( Sembilan Dalam Satu ) dan sesuai dengan nama ghaib bambu ini iaitu  Bambu Raja Alam.

BAMBU TEMU RUAS 5 BERADIK


Bambu Temu Ruas yang asli dan alami dari pendalaman Sabah. Khasiatnya memang telah diketahui umum.Bambu ini masih baru, masih hijau dan bukan buatan dan berkhadam alami.

Saiznya kecil saja dan yang paling besar hanya sebesar lilitan duit syiling 10 sen.

CINCIN PERMATA BATU TIMBUL ( GELIGA BUIH RAJA MINA )


Cincin permata Geliga Buih Raja Mina yang telah dicanai. Batu Timbul atau Geliga Buih ini masih ada lapisan karangan laut akibat terlalu lama berada dalam air. Bayangkanlah lamanya batu ini timbul di air, 1cm pertumbuhan karangan laut atau batu karang memakan masa selama 10 tahun.

Batu Timbul berasal dari berbagai sumber alami, ada yang mengatakan ia berasal dari buih letusan gunung berapi dalam lautan yang melalui proses semulajadi akhirnya mengeras menjadi batu yang bersifat timbul atau mengapung di air, ada pula yang mengatakan Batu Timbul berasal dari muntah Raja Mina atau Raja Segala Ikan Di Lautan yang memuntahkan ketulan membatu yang mengeras menjadi batu geliga tetapi timbul mengapung di laut. Wallau ahlam.

Geliga Buih Raja Mina ini lebih berfungsi sebagai asbab kekayaan, pelarisan, tarik rezeki laut, tarik rezeki dan dana ghaib ( dengan izin Allah ). Batu Timbul juga berkhasiat sebagai pelias peluru, pendinding diri dari ilmu hitam dan asbab wibawa penundukan.

Ikat cincin ialah perak Bali dan saiz ring 18/19.