Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Selasa, 12 Mac 2013

BAMBU KEMBAR TEMU RUAS


Bambu Kembar Temu Ruas. Alami dan masih baru lagi, bukan buatan atau rekayasa. Berkhadam alami.

Asbab pemudah urusan harian, wibawa, pelarisan dan kerezekian. Tiada ditest anti panas.

BUNTAT BESI



Buntat Besi ini seakan-akan batu tetapi seakan-akan besi. Ada yang melekat magnet dan ada yang tidak melekat magnet. Kalau diketuk bisa hancur, tapi masih dalam bentuk semulajadi dan alami.

Buntat Besi adalah asbab kekebalan, pendinding diri dan kekuatan badan.

KAYU NIMANG PULAS


Kayu Nimang Pulas. Baru diperolehi dari perkampungan Bunian Kinabalu. Berguna untuk pemikat rumah dan ibu pelaris kedai ( simpan atas pintu, Insya Allah orang akan suka masuk dan datang ). Kayu yang berkhadam alami.

CINCIN PERMATA KAYU KEMUNING ALAM GHAIB


Permata Cincin ini adalah Kayu Kemuning Hitam Alam Ghaib. Kayu ini bukan ambik atau pungut kat tepi jalan, tapi pemberian alam halus di satu lokasi perkampungan bunian di Negeri Sabah.

Cincin ini serbaguna, antaranya sebagai pendinding diri dari gangguan jin dan sihir. Mengubati ganggunan sihir, jin dan saka, luka dalaman, keracunan, muntah darah, berak darah, lemah lesu badan, gangguan fikiran dan penyakit dalaman badan.

Cincin ini juga boleh menjadi media untuk menghubungi alam halus.Kayu ini berkhadam alami dan tiada sebarang isian ilmu tambahan.

Saiz ring 17/18 dan ikat perak Bali.

KAYU TEMU RUAS PUSAR


Kayu Temu Ruas ini pemberian alam bunian. Ruas yang bertemu bukannya dua tetapi 3 ruas berpusar dan melekat antara satu dengan yang lain. Sangat ganjil dan kayu ini berkhadam.

Khasiat kayu ini adalah;

1. Pelaris perniagaan yang ampuh
2. Pemikat dan asbab pengasihan orang
3. Junjung derajat dan kewibawaan
4. Pemikat binatang buruan
5. Penunduk bicara

CINCIN KAYU BAHTERA NABI NOH


Cincin Kayu Bahtera Nabi Noh. Ramai yang mendakwa kayu kokka adalah kayu bahtera Nabi Noh. Dakwaan ini sebenarnya salah sebab kayu kokka tidak sesuai untuk dibuat kapal, berat dan akan tenggelam di dalam air.

Permata cincin ini bukan kayu kokka tetapi kayu yang sama jenis dengan kayu Bahtera Nabi Noh. Kayu ini sentiasa berbau harum mewangi, ringan tetapi keras. Permata cincin ini dibuat dari bahagian teras Kayu Bahtera Nabi Noh.

Kegunaan;

1. Keselamatan daripada gangguan binatang buas dan ketika dalam hutan
2. Pelaris memburu
3. Keselamatan dalam pelayaran di laut
4. Penolak sihir dan gangguan syaitan
5. Kerezekian
6. Wibawa diri
7. Perubatan sihir dan gangguan jin

Saiz ring 18/19 dan ikat perak bali.

CINCIN KECUBUNG WULUNG



Kecubung Wulung ini warnanya gelap jika dipakai di jari, jika disenter dengan lampu warna puple kecubung akan kelihatan. Kadang kala warna kebiruan muncul jika disenter buat kali kedua.Auranya sangat kuat untuk menjadi daya pemikat dan penarik hati wanita, sudah ditest dan memang berkesan.

Permata kecil untuk disesuaikan dengan pemakainya iaitu golongan orang muda, orang tua nda ngam pakai kecubung wulung nanti balik-balik kawin, bukannya larat mau layan ramai bini.

Ikatnya perak nipis, saiz 19 untuk mereka yg sukakan gaya simple dan yang suka mengurat.