Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Rabu, 27 Februari 2013

MINYAK RAJA BUNIAN 3 WARNA


Minyak Raja Bunian jarum 3. Minyak disimpan dalam jarum kaca 3 dan minyak terdapat dalam 3 warna iaitu warna merah, warna putih dan warna hitam. Disimpan dalam bekas kristal bersegel untuk menjamin keasliannya. khasiatnya untuk bertukaaran dana dan harta dengan bunia, untuk bertemu puteri bunian dan digunakan untuk membuka pintu alam bunian.

BATU PETIR KURSANI ALAM GHAIB


Batu Petir Kursani ini hasil tarikan di satu lokasi di Negeri Sabah. Bentuknya panjang seakan alu, kehitaman dan bertindak balas dengan magnet.Auranya meremangkan bulu roma menggetarkan sekujur tubuh badan. Masih dalam bentuk asli, belum dicanai dan alami.

Fungsinya ditakuti makhluk jin dan syaitan, penunduk umum, penggentar orang, menambah keberanian dan keyakinan diri, penghilang was-was dan kurang keyakinan diri, menambah wibawa dan keteguhan hati, pendinding dari sihir dan gangguan makhluk halus, pelias dan pembias, asbab kebal, penawar histeria dan pengubat penyakit berkaitan gangguan dan sihir.

Sabtu, 23 Februari 2013

POKOK DURIAN BERKALIMAAH ALLAH


Pokok Durian yang membentuk Kalimah ALLAH. Sekadar tatapan sahaja dan menghayati kebesaran kuasa Allah. Lokasi di Negeri Sabah.

BATU JED ASLI





Batu Jed Asli untuk dijual murah, sesuai buat koleksi atau dicanai jadi permata cincin.Saiz kecil saja dan harga murah-murah saja.

Rabu, 20 Februari 2013

PIRAMID DI SABAH


Piramid di Sabah. Ini hanyalah sebahagian dari beberapa Bukit Piramid di Negeri Sabah, nampak macam bukit saja, tapi bentuknya macam KON. Mungkinkah ini adalah fenomena alam semulajadi atau bukit buatan manusia purba?.

Lokasi ini aku rakam waktu satu trip percutian sempena Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Selasa, 19 Februari 2013

BATU JED KUNING TEMBUS CAHAYA



Batu Jed Kuning selalunya dimiliki oleh raja-raja zaman silam. Batu Jed Kuning ini asli, walaupun kecil tetapi jika disenter dengan lampu, ia akan menyerap cahaya dan cahaya tembus menjadi warna kuning-merah.

Jika dicanai menjadi permata cincin mangkali boleh dapat 12 permata cincin Batu Jed Kelas 1. Kalau sudah buat permata harganya pun faham-faham sajalah.

Bilang urang kalau ada simpan batu jed, fengsui kekayaan akan mendatangi kita. Harap-harap akan jadi kaya....kia urang....

BATU JED TAHAN PANAS DAN ANTI GORES 2.68KG


Batu Jed Tahan Panas dan Anti Gores, beratnya cuma 2.68Kg.Sudah diuji kepanasan dan goresan, ternyata lulus kedua-dua ujian..

Isnin, 18 Februari 2013

MINYAK TAPAL JIN EMAS



Minyak Tapal Jin Emas Daun 7, asli dari Turki dan disimpan dalam kristal bersegel. Minyak ini sangat disukai oleh Puteri Bunian dan khadam Puteri barang-barang mistik. Jika khadam geliga kamu adalah golongan Puteri Kayangan atau Puteri Bunian, maka minyak ini sangat cocok untuk penjagaan barangan mistik berkenaan.

Sapu je pada geliga atau barang berkhadam, auranya akan bertambah dan keindahannya terjaga, jika sedang tidur khadamnya akan tersedar, jika jauh akan datang segera mendekat, jika malas akan segera menjadi cergas, jika lemah akan menjadi kuat.

KEMENYAN JIN



Kemenyan Apal Jin untuk kasi panggil khadam dan penghuni alam ghaib. Kasi panggil khadam Geliga dan khadam barang mistik.

EPAL/APEL JIN DAUN 9


Epal atau Apel Jin Daun 9. Asli dan masih dalam bekas tembaga yang bertutup. Pasangan untuk Apel Jin Daun 7, Daun 5 dan Daun 3 bagi kegunaan memelihara keindahan barang berkhadam, menjaga keampuhan minyak pengasih, menjaga keindahan geliga dan sebagainya. Epal Jin juga berguna untuk memanggil khadam dan penghuni alam ghaib bagi tujuan tarik dana ghaib, tarik harta ghaib, masuk alam ghaib, jumpa makhluk di alam sebelah atau apa-apa hasrat lain berkaitan alam ghaib.

Sabtu, 16 Februari 2013

TEMBAGA EMAS


Tembaga Emas ini adalah ketulan tembaga asli yang bercampur emas di dalamnya. Beratnya 56gram dan masih mentah, asli dan alami . Sangat sesuai dicanai untuk dijadikan permata cincin dan dijadikan campuran besi kebal alami.

KAYU LINGKIT PULAS


Kayu Lingkit Pulas asli dari Hutan Sabah. Kalau di Semenanjung, orang selalu sebut kayu jenis ini sebagai Kayu Dedalu. Jadi fahamlah ba kamu kalau namanya Dedalu tu, mesti banyak guna dan ada aura mistiknya.

Kayu Lingkit pulas ini lain sikit bentuknya sebab bukan saja tumpang menumpang antara satu sama lain tapi juga berpulas macam ular berlilit sambil melekat macam kembar siam, jadilah dua dalam satu atau dua menjadi satu, asli dan alami bukan digam.

Kayu Lingkit Pulas ini berkhasiat sebagai Pelaris niaga, asbab pengasihan dan orang yang takana aura kayu ini akan malakat juga sama si empunya kayu, nda mau baranggang sebab itu ada kedai makan yang suka menjadikan kayu jenis ini sebagai hiasan dinding atau hiasan dalaman di kedai.

Satu lagi, kalau ada yang beristeri lebih dari satu, mau kasi baik madu supaya nda bagaduh salah satu rahsianya ialah kayu ini, mesti diorang malakat saja nda bagaduh walaupun satu bantal....Jadi si suami pun boleh guyang-guyang kaki sambil sila panggung, ndalah ba kana takanan jiwa kalau bini-bini mau baperang saja.Kalau bini-bini asyik perang saudara, alamat si laki akan capat mati....Jadi kamu simpan sikit kayu ini sebab banyak gunanya.

Jumaat, 15 Februari 2013

KAMPUNG BUNIAN


Kampung Bunian di kaki Gunung Kinabalu, macam-macam rupa bentuk akar kayu yang melilit. Ada yang macam gelang, ada macam lubang....., ada macam ular, ada macam kalimah, ada macam-macam. Kalau mau masuk alam bunian, duduk saja di bawah akar melilit itu waktu maghrib hingga larut malam, puteri bunian akan muncul memberikan oleh-oleh.

TALI KULIT KAYU ASLI


Tali Kulit Kayu ini dibuat secara tradisional dari kulit kayu asli dari hutan Negeri Sabah. Tali Kulit Kayu ini kalau bikin ikat pancuri ngam betul, sedangkan karabau dan sapi pun nda talapas. Kalau bikin tali parang sangat bagus. Kalau zaman dulu, bikin ikat pangait yang mau potong kapala.

Baik buat koleksi atau buat hiasan dinding.

KAYU LIMPANAS SABAH ( TAS HITAM DAN TAS PUTIH )



Kayu Limpanas Sabah atau Kayu Tas Hitam dan Kayu Tas Putih memang sangat terkenal dalam alam perkayuan dan mistik. Dalam gambar di bawah ( ke 2 ) Kayu warna hitam tu ialah Kayu Limpanas ( Tas ) Hitam Besar dan Kecil, manakala kayu warna putih ( dalam Gambar di atas ) tu ialah Kayu Limpanas ( Tas ) Putih.

Kedua-dua kayu Tas ini kadang kala digelar Tas Jantan dan Tas Betina. Tas Putih berfungsi sebagai Pembisa Pukulan, ditakuti haiwan melata seperti ular, pendinding diri dari gigitan haiwan berbisa dan penunduk haiwan dan manusia. Manakala Tas Hitam ditakuti makhluk halus, penghalau mahkluk halus dalam rumah, pendinding sihir dan gangguan jin, penunduk manusia dan jin, pengubat histeria, mengubati sawan dan gila babi.

Kedua-dua jenis Kayu Tas ini sangat bisa dan jika digunakan untuk memukul orang boleh jadi lumpuh. Ular, harimau dan haiwan ganas pula menjadi takluk dan tunduk dengan pemegang Kayu Limpanas.

Selasa, 12 Februari 2013

CINCIN AKIK YAMAN HITAM GRED AA




Cincin Akik Yaman Hitam. Permatanya Hitam tetapi jika jika disuluh dengan lampu picit jalur pamor batu akan jelas kelihatan, kuning coklat menyala, sangat cantik, menawan dan mistik bagi yang memahami khasiat Akik Yaman Hitam atau Manik Sulaiman Hitam.

Bentuk pamor batu adalah Pamor ALIFF, Pamor AIR PANCURAN EMAS dan Pamor BENDO SEGODO atau TELAGA EMAS.

Khasiatnya Pamor ALIF adalah untuk Pendinding diri, wibawa Raja, kemajuan kerjaya hidup, kemenangan dalam hidup dan keteguhan zahir dan batin. Pamor AIR PANCURAN EMAS pula berfungsi untuk kelancaran rezeki dan kerjaya hidup, memudahkan urusan dalam kehidupan, dimuliakan dan disenangi orang dan masyarakat dan lancar dalam apa-apa urusan. Pamor BENDO SEGODO atau TELAGA EMAS berkhasiat untuk penarik rezeki dan kekayaan berganda, simpanan dan tabungan kewangan yag baik dan tuah kehidupan. Wallahu Ahlam Bissawab.

Akik Yaman Hitam berkhasiat sebagai pendinding diri dari gangguan sihir dan jin jahat, wibawa dan kepimpinan diri, pelias, pendinding diri dan rumah dari api kebakaran.Jika anda bernasib baik ada Akik Yaman yang dapat menjadikan pemakainya Kebal. Wallahu Ahlam.

Cincin telah diikat dengan Perak Bali berukir dan saiz cincin 19.

Isnin, 11 Februari 2013

CINCIN SAWARI GADING DUYUNG MATA DEWA




Cincin Sawari Gading Duyung Mata Dewa. Saiz cincin 19, ikat Perak. Pamor permata adalah lingkaran menyerupai mata, pusaran urat kayu sebegini dikenali sebagai Pamor Mata Dewa. Permata cincin kayu Sawari Gading Duyung yang sangat keras dan warna yang asli dan alami.

Khasiat sebagai Pendinding diri, pengasihan, wibawa diri, pendinding dari gangguan jin dan gangguan di laut, penarik hasil tangkapan di laut dan perubatan berkaitan gangguan sihir dan jin, penawar bisa dan penawar histeria.

Sabtu, 9 Februari 2013

ILMU BATIN SILAT AWAL

PENGISIAN ILMU BATIN AWAL

Kegunaan ;

1. Jurus Angin ( pukul tak sampai )
2. Pendinding diri dari serangan sihir dan serangan zahir
3. Silat Batin
4. Pasung Musuh, Kunci Nafas musuh, Pukulan Maut
5. Perubatan ( dapat mengubati penyakit melalui ilmu ilham dan laduni )
6. Dapat mendeteksi keberadaan makhluk ghaib ( paranormal )
7. Dapat mendeteksi khadam dan aura barang mistik seperti geliga, keris dan seumpamanya
8. Pembalik ilmu musuh
9. Dapat belajar ilmu Usul Awal Kejadian
10.Banyak lagi kegunaannya

Pengisian melalui Tauliah atau Jarak jauh. Dapat dicuba langsung setelah diamalkan. Ilmu berdasarkan amalan keislaman, tiada unsur mensyirikkan tuhan. Amalan adalah ayat al-quran.

Keistimewaan ilmu Batin Awal ini ialah dapat disesuaikan dengan apa-apa sahaja aliran kebatinan atau tasauf atau tarekat atau Ilmu Usul atau seumpamanya selagi ia berlandaskan keislaman dan ayat-ayat al-Quran.

Sijil Tauliah akan diberikan langsung dari Mahaguru Silat Awal.Jika ada yang berminat, sms sahaja.

Isnin, 4 Februari 2013

IBU DUIT CENDERWASIH BALABAK


Ibu Duit Kayu Balabak, Bulu Cenderawasih dan Kain Kaabah yang telah diasmakan dengan Isim IBU Duit dan Usul Nama Duit Awal serta Doa Pelaris dan Kerezekian.

Insya Allah untuk tarik rezeki dan pemanggil duit. Pemegang Ibu Duit tidak akan kehabisan duit dan sentiasa terbuka jalan peluang untuk mendapatkan duit dari segala arah. Hanya simpan di kedai, di rumah atau dalam dompet sahaja kemudian lakukan usaha apa sahaja seadanya dan rajinlah bersedekah.

Ibu Duit ini bukan digunakan untuk membeli barang dan kembali kepada si empunya, tetapi ia bersifat mendatangkan duit dan peluang kerezekian dari berbagai arah dengan syarat ada usaha atau ada perniagaan  walaupun sekecil menjual sigup atau menjadi supir. Usaha mencari peluang rezeki akan sentiasa berganda sehingga sampai ke peringkat 1 daya usaha 10 ganda hasil wangnya.

BUAH CENUAI SABAH ( BUAH DUNGUN )


Buah Cenuai Sabah atau Buah Dungun ini digunakan untuk membuat minyak pengasih, sebagai pelaris kedai, penarik pelanggan, ubat tradisional dan meneutralkan gangguan negatif dalam rumah atau premis perniagaan.

RAJA KAYU SABAH DAN MINYAK RAJA KAYU

                                                              RAJA KAYU SABAH
                                                               MINYAK RAJA KAYU

Raja Kayu Sabah ini memang tidak asing lagi sehingga menjadi salah satu ikon Negeri Sabah. Kayu ini banyak khasiatnya dari segi mistik dan perubatan tradisional.

 Raja Kayu berguna sebagai pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan, sihir, penawar luka, penawar kudis dan penyakit kulit, penawar sengatan binatang berbisa,sakit badan, sakit urat saraf, pengasih dan sebagai media penunduk manusia dan binatang.

Minyak Raja Kayu Asli pula berkhasiat mengubati;
1. Sakit pinggang
2. Lenguh kebas
3. Sejuk kaki dan tangan
4. Senak dan kembung
5. Terpelecok dan salah urat
6. Bengkak-bengkak
7. Digigit binatang bisa
8. Bisa-bisa kuku
9. Kudis, gatal
10.Terkena air panas, luka
11.Sakit dada
12. Asma dan batuk
13.Kena angin ahmar

Minyak ini keluaran Industri Tani Sabah. Contoh minyak di atas bukan untuk dijual, tetapi jika ada yang berminat untuk memborong, tempahan boleh diuruskan dengan pihak pengeluar yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Ahad, 3 Februari 2013

CINCIN SAWARI GADING DUYUNG



Cincin Sawari Gading Duyung ini tempahan seorang Kolektor dari Melaka. Kayunya sangat keras, tapi...uratnya sangat cantik dan menawan kalbu. Sawari Gading Duyung berkhasiat untuk Pendinding diri dari gangguan sihir dan jin, pemanis diri, pelaris pancing, wibawa diri dan kedarjatan.

Tempahan boleh dibuat selagi stok kayu masih ada. Terima kasih kepada Kolektor dari Melaka kerana memberikan ilham sehingga terhasilnya permata yang mistik dan cantik ini.

BUAH KALUNG JED COKLAT ANTIK


Buah Kalung Jed Antik ini ada tiga butir sahaja. Dua ukiran bunga dan satu lagi ukiran kuda. Boleh juga dijadikan Key Chain. Khasiat tarik tuah dan kerezekian, kedamaian dan harmonis keluarga.Jika disuluh dengan lampu, cahaya tembus dan menyerap cahaya.

PERMATA GALEH KELOR WULUNG


Permata Galeh Kelor Wulung untuk ditukar milik. Barang berkhadam alami dan permukaan permata hitam sepenuhnya, bukan senang untuk mendapatkan Galeh Kelor jenis begini. Pendinding diri dari gangguan sihir, racun, santet dan sebangsa dengannya.

Jumaat, 1 Februari 2013

PIRING LAMA DINASTI MING ERA ZHENG HE


Piring Lama Zaman Dinasti Ming di era pelayaran Laksamana Zheng He ke Tanah Borneo. Piring Lama ini bercirikan seni khat Islam China Zaman Dinasti Ming. Dijamin keaslian dan usianya sangat lama.

Piring bertulisan nama Allah, Muhamad dan Asma ul-Husna serta lakaran surah al quran.

GAMBAR LAMA DAERAH KUDAT ERA PENJAJAHAN BRITISH

                                                         Kampung Milau Kudat
                                                         Pangkalan Bot di Kudat 
                                                        Kampung Air Kudat

Gambar Lama Daerah Kudat, Sabah di zaman penjajahan British. Jika anda meminati gambar lama, kami sedia menunaikan permintaan anda, siap dengan framenya sekali dan boleh dijadikan koleksi gambar-gambar lama.

DUIT BINTANG SULTAN BRUNEI 1304H



Duit Syiling Bintang Sultan Brunei bertarikh 1304H atau 1887M. Di bahagian hadapan ada lambang lima Bintang Kesultanan Brunei dan di bahagian belakang tertulis Sultanete of Brunei 1304 dan angka 1.

DUIT SYILING KERIS RM1 TAHUN 1989 DAN TAHUN 1993



Duit Syiling Keris Kuning Emas RM 1.00  tahun 1989 dan tahun 1993 adalah antara duit syiling kategori ini yang dikatakan tinggi nilai pasarannya bagi kolektor duit syiling. Kandungan emas dalam duit syiing tahun 1989 dan 1993 adalah tinggi dan ini melonjakkan nilainya di pasaran.

Jika ada yang berminat, sms saja dan nyatakan kesanggupan anda untuk menebusnya.

DUIT SYILING 50 SEN 1998 ALAM BUNIAN ADA WARNA KEEMASAN



Duit Syiling 50 sen tahun 1998 ini masih baru lagi, tapi istimewanya ada warna keemasan timbul dari dalam wang syiling ini. Warna ini bukan melekat tetapi seakan timbul keluar dari dalam wang syiling ini. Sangat baik untuk menjadi koleksi rare mistik.

Duit Syiling ini berkhadam dan pemberian alam bunian.Sangat sesuai dibuat Ibu Duit dan diasmakan ilmu Usul Duit.

BADIK SI PITUNG




Badik Si Pitung ini mempunyai ukiran timbul kalimah Allah dan Muhamad pada bilahnya. Keseluruhan bilahnya berukir Doa Salamat dan di sebelah lagi berukir Ayatul Qursi dalam khat jawi tanpa baris.

Ulunya dibuat dari tanduk kerbau balau mana kala sarungnya dari kayu yang diikat dengan gelang tembaga antik. Badik ini sarungnya ada alas tanduk kerbau di mulut sarung badik dan gelang talinya dibuat dari tembaga yang dilekatkan di sebelah kiri yang menunjukkan pemilik asal badik ini adalah seorang yang kidal.

Fungsi Badik ini lebih kepada keselamatan diri daripada malapetaka, bencana dan gangguan sihir atau serangan ghaib. Sangat baik untuk dibuat koleksi.