Selamat Datang Ke Blog Batu Geliga, Buntat, Kayu Mistik dan Barang Berhikmah

Segala batu-batu geliga, buntat, mustika, kayuan dan barang-barang berhikmah yang asli dan alami dari Negeri Sabah yang dipaparkan di sini adalah untuk dikongsi bersama dan dimaharkan kepada yang berminat.Pihak saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dengan saya mencari barangan mistik dan harta karun di Negeri Sabah sejauhmana ianya dibolehkan oleh Hukum Islam dan Undang-undang Negeri Sabah. Insya Allah segala apa sahaja hikmah yang ada pada sesuatu barangan itu adalah DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA.

Tiada kuasa apa yang ada di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA jua.INGAT...LAH..hanya DIA yang Maha Kuasa. Mulakan dengan BISMILLAH... tekadkan dengan IZINULLAH dan akhirkan dengan TAWAKKALTU ILALLAH

Sekiranya anda berminat dengan barangan dalam blog ini
SMS ke atau whats up 01112686762 DATU SANGKULA JULASPI nyatakan jumlah mahar,masa,tarikh dan nama serta alamat penghantaran. Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-4 hari menggunakan Pos Laju. Jika ada sebarang pertanyaan email ke : Sangkula.julaspi@gmail.com.

Sabtu, 31 Ogos 2013

KAYU NIMANG LAM ALIF SIMPUL


Kayu Nimang Lam Alif atau dikenali juga dengan Kayu Nimang Raja. Kayu Nimang ini dalam bentuk huruf Lam Alif Simpul, sangat banyak kegunaan dan khasiatnya. Kayu ini berasal dari perkampungan orang Bunian di satu lokasi di Gunung Tembuyukan, Sabah.

Antara kegunaanya ialah sebagai media penunduk dan penarik sukma, pendinding dan pelias sihir, ditakuti jin jahat,pelimun pencuri ( rumah yang menyimpan kayu ini tidak mampu dilihat atau ghaib dari pandangan orang yang berniat mencuri dan mengganggu rumah pemilik kayu Nimang Raja ) dan sebagai media perubatan mistik.

GELIGA GEMUNGGAL


Geliga Gemunggal.Koleksi peribadi yang ingin dimaharkan,sangat sukar diperolehi.Gemunggal digelar Raja segala teras dan geliga ini adalah dari dalam teras gemunggal yang telah menjadi hitam.

Hanya ada satu sahaja, siapa cepat dia punya.

BUKU KOD RAHSIA LAMBANG HARTA KARUN JEPUN


Buku Kod Rahsia Lambang Harta Karun Jepun di Asia Tenggara.Mengandungi lebih 500 tanda-tanda atau Kod Rahsia atau Lambang harta Karun Jepun.Ada 4 lokasi Peta kedudukan harta karun Jepun di Sabah disertakan bersama buku ini.

Sesuai sebagai panduan bagi peminat dan pemburu harta karun Jepun.Nda rugi beli buku ni, mana tau di tempat kamu ada tanda-tanda harta Jepun, kaya lah nanti kamu.Aku kasi kuar buku ni sempena Hari Merdeka Malaysia ke 56 ni.

Selamat Hari Merdeka.

Rabu, 28 Ogos 2013

ROTAN SONGSANG TEMU RUAS



Rotan Songsang Temu Ruas.Media pelaris kedai, tarik rezeki, memudahkan urusan, tarik burung walet,pemikat orang.Rotan Songsang berguna sebagai pendinding rumah atau kedai dari gangguan sihir dan kecurian, pembalik ilmu jahat orang.Insya Allah.

GELIGA PINANG



Geliga Pinang. Berguna sebagai pendinding gangguan jin syaitan, sihir dan sebagai pelias perang.Anti racun, anti guna-guna dan pelaris dagangan.

Khamis, 8 Ogos 2013

BATU BERTULISAN AYAT AL QURAN DI TEMUI DI SUNGAI KAINGARAN, RANAU SABAH ( BATU BERSURAT KEINGARAN RANAU )





Hari ini akhbar Borneo Post memaparkan penemuan Batu Berukir ayat al Quran iaitu Bismillahir rahmanir rahim diulangi sebanyak 24 baris.Tulisan ini diukir pada seketul batu bulat berukuran 50sm dan ukur lilit 132sm seberat 35kg. Penemuan ini berlaku di penghujung bulan Ramadan 2013  di Sungai Kaingaran, Ranau.

Batu ini ditemui oleh dua orang pelajar sekolah agama yang mandi-manda di sungai Kaingaran, Ranau hanya 7Km dari Pekan Ranau dan terletak di kawasan pergunungan Gunung Kinabalu. Penduduk Ranau adalah terdiri dari suku Kaum Dusun yang sebahagiannya beragama Islam. Mereka mula  memeluk agama Islam sekitar tahun 1900-1970an sahaja.

Jika Batu Ukiran ini satu penemuan sejarah, maka ujian Karbon untuk mengesahkan tarikh usia batu ini perlu dilakukan oleh Pihak Muzium atau lain-lain pihak pengkaji sejarah. Kemungkinan jika usia batu ini mencecah ribuan atau ratusan tahun, maka ia akan mampu mengubah sejarah kedatangan Islam ke negeri Sabah dan Tanah Borneo.

Mungkinkah dahulu kawasan lereng Gunung Kinabalu dan kawasan sungai sekitarnya adalah tempat yang pernah diduduki oleh masyarakat beragama Islam ribuan tahun yang silam?, mungkinkah juga batu bersurat ini ada kaitan dengan gunung Piramid di kawasan Kinabalu?, mungkin juga batu bersurat ini ada kaitan dengan anak Maharaja China Ong Sum Ping dari Dinasti Ming yang beragama Islam yang berkahwin dengan Kerabat Sultan Brunei lebih kurang 600 atau 700 tahun yang silam? atau mungkin batu ini ada kaitan dengan anak Maharaja China yang berebut mendapatkan Gemala Naga Gunung Kinabalu ratusan  tahun yang silam?

Segala-galanya akan terjawab dengan mengesahkan tarikh usia Batu Bersurat Kaingaran ini.

Rabu, 7 Ogos 2013

CINCIN BATU MANI GAJAH BERPAMOR



Batu Mani Gajah Berpamor sangat jarang didapati. Batu permatanya licin melekit seakan berminyak jika diusap dengan jari. Pamornya seakan bentuk lubang puki, garis berurat putih. Pamor sebegini menjadi Raja Pemikat dan pelaris yang ampuh jika dipakai.Pamornya juga berlubang ditengah seakan pamor telaga mas yang fungsinya menjadi penarik rezeki kekayaan dan kesenangan, kesentosaan hidup dan murah rezeki. Wallahu ahlam.

Jumaat, 2 Ogos 2013

MINYAK TUNGGAL MAULUD


Minyak Kelapa Tunggal ini telah diproses dan diritualkan mengikut petua dan ilmu lama warisan ghaib. Minyak ini dihasilkan bertepatan pagi jumaat sempena Bulan Maulud Nabi yang lalu.

Pada asalnya, minyak ini ada setengah botol saiz gelas minum Teh Tarik. Minyak ini disimpan dalam botol yang bertutup ketat, bau aroma minyak ini mengasyikkan dan mempesona ketenangan jiwa. Siapa yang menghidu sekali pasti akan berulang kali menghidunya. Minyaknya jernih dan tidak berpati.

Mistiknya, Minyak Kelapa Tunggal ini setelah dibahagikan sedikit ke botol kecil seperti di atas, Botol Minyak yang besar hilang ghaib dari simpanan. Ghaibnya Minyak Kelapa Tunggal berserta botolnya sekali menjadi misteri sehingga ke hari ini. Bilik berkunci dan tiada tanda-tanda dimasuki pencuri. Malaslah mau scan ke mana perginya botol minyak tu, dah rezeki alam ghaib biarlah, nanti ada ganjarannya juga dari alam sebelah.

Kes seumpama ini hanya ada dua setakat yang diketahui hari ini. Satu kes berlaku di Indonesia dan ini adalah kes yang kedua. Wallahu ahlam.

Minyak Tunggal Maulud ini mempunyai 1001 kegunaan yang hanya dimengerti oleh orang-orang yang arif dan mengerti sahaja.

KAYU GAHARU BELANG


Kayu Gaharu Belang, bukan yang hitam. Sangat baik untuk mengharumkan bilik dan ruang amalan atau kamar tempat barangan mistik ditempatkan. Ada juga orang gelar Gaharu Biawak. Aroma asapnya akan dapat memperkuatkan power barangan mistik.

CINCIN JARUM EMAS



Cincin Permata Jarum Emas. Ikat Perak Bali saiz 19. Kegunaannya sebagai penyejuk hati orang dan menjadi daya tarik hati sehingga kita disenangi dan dikasihani orang. Macam emas juga, siapa yang tidak suka dan tidak sayangkan emas, begitu jugalah khasiat Cincin Jarum Emas.

GELANG GAJAH MINA


Gelang Gajah Mina, barangan mistik antik yang ingin dilepaskan kepada yang berminat. Tulang Gajah Mina sememangnya banyak dicari orang untuk menjadi media penunduk dan pakaian diri serta banyak lagi kegunaannya bagi yang tahu dan mengerti.

GELIGA LUMUT



Geliga Lumut ini adalah koleksi lama yang ingin dilepaskan. Telah dicanai menjadi permata cincin. Dalam Geliga ini ada seakan serat lumut-lumut hijau dan lumpur kelabu yang telah membatu. Jika kita amati, seolah-olah kita berada di dalam air memandang dasar laut yang berlumut.

Geliga Lumut ini menjadi media utama untuk pemancing, khas untuk pakaian kaki pancing. Ikan akan suka datang dan menjadi minat serta jinak kepada si pemakai Geliga Lumut. Ia juga menjadi media pemikat dan pelaris.

PELET HIDUNG KERBAU



Hidung Kerbau adalah pelet alami yang mujarab untuk menundukkan hati manusia yang degil, buas, ganas, garang dan keras. Khas untuk pakaian suami isteri dan kasi tunduk Bos yang garang . Kemujaraban Pelet Hidung Kerbau menjadi legenda lama sehingga pepatah Melayu mengatakan " Bagai Kerbau Dicucuk Hidung ". Orang yang terkena Pelet Hidung Kerbau akan menjadi Pak Turut, Pak Tunduk dan YES BOS sahaja macam kerbau yang dicucuk hidung, ke mana tuannya bawa dan tarik tali hidungnya ke situlah dia ikut. Kalau ada suami kaya yang berduit dan terkena Pelet Hidung Kerbau alamat sampai seluar dalam pun dikasinya sama kita.

Pelet Hidung Kerbau adalah pusaka lama warisan orang Bajau. Awas....jangan main-main dengan wanita Bajau yang berguru dan mendapat pusaka lama ini, bukan gadis Bajau yang rock tapi yang diam-diam tapi ada pusaka lama.

MUSTIKA MANI GAJAH JARUM BENGKOK RAMADAN


Mustika Mani Gajah yang mampu membengkokkan jarum jahit. Panjang lebih 1 inci.Jarum dapat dibengkokkan oleh Mustika Mani Gajah dalam beberapa saat sahaja. Mustika Mani Gajah seumpama inilah yang banyak dicari orang untuk tujuan bermacam-macam yang berkaitan dengan mistik.

Daya pelet dan daya tariknya sangat mustajab. Mustika Mani Gajah yang mampu mengbengkokkan jarum jahit yang terbuat dari besi baja yang mudah patah menunjukkan mustika ini hidup dan berkhadam. Mistik dan ajaib, jarum jahit yang mudah patah mampu menjadi bengkok. Sedangkan jarum jahit menjadi lentur, lembut dan dapat dibengkokkan apa lagi hati manusia atau hati gajah yang ganas dan buas.

BAMBU TUMPAT TEMU RUAS



Bambu Tumpat Temu Ruas. Banyak khasiatnya antaranya sebagai Pemikat, penunduk, pendiding sihir dan kewibawaan.

BATU PETIR MERAH


Batu Petir Merah. Masih dalam bentuk asal dan belum dicanai, saiznya cuma sebesar ibu jari orang dewasa.

SERBAN IKAN TEMPEL ( IKAN KAMEE )


Ikan Kame atau Ikan Tempel akan menempel pada apa-apa sahaja benda.Jika kepalanya menempel kekuatan lekatnya tidak boleh dibuka oleh tangan seorang gadis kerana terlalu kuat dan menghisap benda yang ditempelnya.

Serban Ikan Kame ini diambil ketika ikan tersebut masih hidup dalam keadaan menempel pada ikan lain atau sebarang makhluk bernyawa. Dengan kaedah dan ritual khas Serban Ikan Tempel diambil dan Ikan Tempel yang hidup dilepaskan semula ke laut.Barulah....powernya kuat.

Serban Ikan Tempel atau Serban Ikan Kamee ini mempunyai khasiat mistik sebagai daya penunduk, pengasih dan penarik yang kuat. Orang yang terkena Serban Ikan Kamee ibaratnya akan melekat saja ke mana si pemuja pergi, gelagat lakunya melekat pada pemujanya nda mau bepisah, tunduk saya pada si pemilik Serban Ikan Tempel. Ilmu ini telah dicuba turun-temurun dan memang ampuh.